Monday, February 28, 2011

Seronok sungguh outstation kali ni... saya dapat berbincang dengan tailor seharian bagi membantu dia memahami kehendak saya.. dan juga trip kali ni sangat mencabar kerana saya terpaksa berjauhan dengan Rayyan yang masih menyusu badan...tak pernah lagi saya berjauhan dari dia selama tiga hari.. alhamdullillah hotel yang kami duduk kali ini ada peti ais ( dah terkene dulu hotel takde peti ais..huhhuhuhu, terpaksa buang susu ibu yang saya kumpul ). Saya juga asyik teringat je dengan Rayyan , kena pulak bila hubby inform saya Rayyan demam rindu bila masuk hari kedua berjauhan...aduh.... anak mummy...masa tu hanya doa je yang boleh mummy titipkan...

Banyak sungguh email dan order yang harus saya reply... namun saya sangat bersyukur diatas rezeki ini... perlahan lahan saya reply satu persatu ye.... Mata juga sangat mengantuk , Rayyan agak meragam malam tadi...syukur demam dah mula kebah...

Dalam  banyak banyak benda yang saya buat waktu outstation... saya boleh terlupa untuk ambil gambar prototype baju menyusu saya... aduhaiiii..dah janji dah plak tu nak tunjuk pada semua..... ada 4 design semuanya...harap harap la semua suka nanti...

-HAPPY BREASTFEEDING !!!!!-


Tuesday, February 22, 2011

Hi all,


Semoga hari ini anda semua terus ceria dan bersemangat... Ada ralat sedikit mengenai post saya yang sebelum ini mengenai Ruangan KAsih Ibu PA&Ma....huhuhuhu...saya di inform yang diaorang tak sempat nak masukkan info Ruangan Kasih Ibu ni untuk keluaran majalah bulan MAc... So nanti bulan April baru ada info pasal Ruangan Kasih Ibu...



Saya juga akan outstation selama 3 hari bermula Khamis 24hb Feb - 26hb Feb 2011, so mungkin akan lambat sedikit membalas pertanyaan ibu ibu semua... Insyallah minggu depan saya akan up kan design terbaru koleksi baju menyusu IBU... yuhuuuuu super excited...



Till then ~~~~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~~~~~~

Saturday, February 19, 2011

Agak lama tak update blog, saya agak sibuk sikit dengan beberapa urusan.. di ikuti pula dengan pemergian  sepupu saya Nur Aliah pada hari khamis lepas.menemui yang Maha Esa. Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah......

Ok..get back kepada topik diatas.. saya sangat teruja dan terkejut menerima banyak gambar yang diemailkan kepada saya untuk Ruangan Kasih Ibu Pa&Ma ( rujuk topik sebelum ni ). Semuanya telah saya forwardkan kepada pihak Pa&Ma..sekarang terpulang kepada mereka untuk memilih pemenang... hehehe diharap semua dapat bersabar menanti :)

Saya juga nak maklumkan bahawa selepas hari ini, semua penyertaan untuk ruangan Kasih Ibu Pa&Ma bolehlah dihantar terus kepada pihak majalah. Detail lanjut boleh didapati di Majalah Pa&Ma bulan Mac 2011 nanti. Untuk makluman pertandingan ini akan berlanjutan sehingga bulan September 2011.

Buat semua yang menghantar gambar melalui saya dan tidak menang pada bulan April nanti.... jangan muram... ada sesuatu untuk anda khas dari saya...tungguuuuu :)

Sehingga itu.....     HAPPY BREASTFEEDING !!!!!!!!!

Friday, February 11, 2011

Seharian hari ni memerah otak.. apa fesyen saya nak buat ni...belek punya belek..rasa rasa nak buat design t shirt ( kasual ) tapi kat bahagian lengan ada kedut kedut ( puff  ), korang rasa korang suka tak..tapi sebelum tu nak credit sikit kat sis alin http://alinarman.blogspot.com sebab bagi pinjam gambar ni..

SUKA Tak lengan tu...? feedback please :)

so sekarang ni saya nak decide haruskah saya buat 3/4 mcm gambar kak lin ni atau lengan panjang.. so nanti bagilah pendapat ye...


-HAPPY BREASTFEEDING_

Wednesday, February 9, 2011

Sebagaimana semua sedia maklum, koleksi bajuibu memang kami yang design dan kami yang jahit ( tukang jahit saya yg jahit *wink* ). So memang tak terlepas la berlaku sedikit sebanyak kekurangan atas beberapa faktor. 


Ni saya nak review sikit untuk koleksi baju menyusu NANA, CHINTA dan QASEH dan berlaku jujur dengan anda alam urusan jual beli. Kesemua baju menyusu dari koleksi ini material nya saya pilih dari jenis Cotton jepun atau Cotton Paris. Kedua duanya tidak mudah keronyot dan memang nampak kemas apabila dipakai.


Masalah dengan koleksi ini, ukuran ketiak agak kecil berbanding saiz biasa ( huhuhuhuhu  sedihnya ). Macam saya sepatutnya pakai saiz L, tapi mmg tak ngam dia punya saiz ketiak..sudahnya kene pakai saiz XL baru lah selesa, masalahnya pulak saiz XL besar sangat pulak lebar bawah baju ( sudahnya ku alter la juga ). Nanti dah siap saya tepek gambar.


Atas alasan alasan diatas ni, saya sangat tak berani nak jual secara online dan pos. Saya lebih prefer customer datang dan cuba sendiri. Tapi kalau customer jenis kurus ( petite ), saiz ni semua memang ngam untuk anda. Tak perlu diubahsuai.


So untuk saiz XL ( dada 110 cm ) saya nak let go murah murah koleksi NANA dan CHINTA ( selepas saya ambil kira nanti customer kene alter juga bawah baju supaya tak nampak mcm baju pinjam . Semua saiz XL koleksi NANA dan CHINTA saya let go pada harga RM 48.00 je ( nages nih ) harga sebenar NANA RM 67.90 dan CHINTA RM 77.90, koleksi QASEH let go pada harga RM 70.00 je, harga sebenar QASEH RM 109.90


Call saya direct ye dan mention dapat info dari blog bajunursing. 016 274 5651.

Baju menyusu koleksi Chinta

Baju menyusu NANA 3/4 sleeve

Baju menyusu QASEH


--- HAPPY BREASTFEEDING-- 


Monday, February 7, 2011

Setelah perbincangan 2 hala antara saya ( bajuibu.com ) dan wakil dari MAJALAH PA&MA. Makanya termentarai lah kerjasama antara kami. Kami akan sponsor untuk ruangan KASIH IBU MAJALAH PA&MA bermula dari APRIL - SEPTEMBER 2011. Ruangan ini membolehkan para pembaca PA&MA menghantar gambar yang mengabadikan saat mereka menyusukan bayi. Setiap bulan pihak PA&MA akan memilih 6 pemenang berlainan dan akan menyiarkan gambar mereka di MAJALAH PA&MA setiap bulan.



So apa tunggu lagi, borang/pengumuman akan keluar di  PA&MA bulan MAC. Tapi anda boleh mula menghantar gambar kepada saya di ibu@bajuibu.com. SAya akan forwardkan kepada mereka. Chance lebih besar untuk menang hadiah untuk bulan pertama ni, sebab biasanya tak ramai yang perasan.


Hadiah semua sama rata tau (hehehe), voucher bernilai RM 100 untuk shopping di http://www.bajuibu.com 

Saya pun beraksi dengan baju menyusu dari koleksi MAI- bowling adik beradik 5 januari 2011



 Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang ( besok kot,hihihi )

Salam Sayang Dari Saya

-HAPPY BREASTFEEDING !!!!!!!!!-

.
Ni nak story pasal nak pilih watermark untuk bajuibu.com. Memula nak buat sendiri ( kekonon teror la tu ). Lepas beberapa jam buat...mula lah bercakap dengan diri sendiri " apasal pulak aku buat tak jadi cantik macam orang buat nih"..mula lah nak naik angin..hehehehe sudahnya saya browse punya browse jumpala sorang cik adik ni kat http://eybizzonline.blogspot.com .Makanya nak dijadikan cerita saya pun decide nak tempah dengan dia ni la.. pilih punya pilih pastu sambung lak buat ubah suai nak buat custom made la.. akhirnya saya end up dengan 2 watermark dan 1 badge cartoon untuk letak kat forum bagai.



Dengan ini saya memperkenalkan ( ecececeh ) watermark kami di bajuibu.com









Assalamualaikum...


( Luahan Entry Pertama )
 Setelah Sekian lama dapat juga saya me-realisasikan impian saya untuk menghasilkan sendiri koleksi pakaian menyusu dibawah jenama saya sendiri. Setelah berfikir panjang akhirnya saya  decide untuk menggunakan IBU sebagai jenama untuk rangkaian pakaian saya. Website jualan pula saya daftarkan dengan domain http://www.bajuibu.com


Tulang belakang saya


 Namum semua ni bukan usaha saya seorang, terima kasih bebanyak kepada Mr Hubby saya yang memahami minat saya.. dialah yang mengekor saya mencari tukang jahit, ambik stok, jaga anak bila saya kene keluar ( walaupun berdebar debar tu kene tinggal ngan baby Rayyan ) etc.... Juga anak anak saya mummy Adam dan Rayyan yang banyak memberi inspirasi untuk mummy teruskan perjalanan ( isk isk touching plak )


So nanti kat blog ni kita akan lebih santai, saya  akan updated apa apa berita terbaru mengenai koleksi kami dan juga perjalanan perniagaan kami. NAntikan lebih berita di entry seterusnya ye !!! sehingga itu 
HAPPY BREASTFEEDING !!!!!