Thursday, June 30, 2011

Hi all ...

Fabulous Weekend kembali lagi dengan diskaun untuk beberapa item terpilih sahaja ye !!!  Tapi sebelum tu meh layan mood Anniversary Perkahwinan saya dengan Mr Hubby yang super sporting !!!!

Kisah kami amat panjang...hihihi boleh buat filem kot....tapi tak mo cerita la... nak buat entry special nanti masa Ulangtahun ke -10 ( walllaaaa lama lagi )  . 10 tahun bercinta....2011 ni genap 6 tahun berkahwin dan punya 2 cahaya mata yang comel dan masih merancang untuk menambah !!!!!!


LUCKY   ( Lagu ni mengingakan saya masa saat saat bercinta dulu...huhuhuhuhu rindu memanjang )



Do you hear me? I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning 'round
You hold me right here, right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooh ooh ooh
Ooh ooh ooh, ooh

***************** sekarang pun masih rindu rindu lagi kalau tak jumpa ***********************


OK dear..... Sale nanti Start Jam 11 pagi 1 Julai 2011 - 3 Julai 2011 untuk item terpilih sahaja.. Pengeposan dibuat pada hari isnin ye... hanya di http://www.bajuibu.com

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Friday, June 24, 2011

Hi all,

Alhamdullillah, hari ni dapat juga saya ambil baju kurung menyusu, itupun setelah delay beberapa hari huhuhuhu.. dapat je pagi ni terus saya cross check ukuran...setelah di ukur ukur..... huhuhu ada perbezaan dengan ukuran yang saya beri sewaktu mula mula baju kurung menyusu dari bajuibu... saiz juga tak cukup 1..hanya ada saiz S, M dan L sahaja.... Untuk makluman saiz S untuk corak Polkadot Maroon ni sesuai untuk yang biasa pakai saiz XS, detail ukuran seperti dibawah ni ye..

Anyway..meh kita preview dulu gambar baju kurung menyusu...Terima kasih banyak banyak kepada model bidan terjun saya..

Bukaan menyusu : selak ke kiri dan kanan


Ukuran baju kurung menyusu POLKADOT MAROON


Untuk koleksi English Cotton Polkadot Maroon ni berharga RM 100 . Kalau ada yang nak datang ke teratak kami... boleh lah berbuat demikian ..jangan lupa call dulu 016 274 5651 atau BBM je 269 abe 6b.
Kalau tidak boleh buat pembelian secara online di http://www.bajuibu.com . Jangan lupa sila beri perhatian kepada detail ukuran ye :)

Nantikan lebih banyak design kami....

TILL THEN ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Tuesday, June 21, 2011

Hi all,

Double celebration untuk kami sekeluarga....Sangat seronok tengok semua seronok :) HAri Ahad 19 Jun 2011, mummy dengan Daddy hadiahkan Rayyan 1st Birthday Party di Swimming Pool Kelab Komuniti Cyberjaya... dan secara suprise nya sambutan HAri Bapa.

Kek yg sedap dari Kedai Bonda , Macaron sedap dari BazliQalesya homemade

 Sampai je kat swimming pool... anak anak semua tak dapat tahan... semua dah tak sabar nak terjun kolam.. so tanpa berlengah.. tukar baju..dan terrrrjun...memang saya nak diaorg mandi dulu, then baru potong kek....Abang Adam jadi ketua di kolam..melayan sepupu sepapat dan kawan kawan dia...

Abang Adam siap dengan goggle

Rayyan pun tak boleh tahan... nak masuk jugak dalam air...Birthday Boy kan..layan je la

Dah puas first round berendam... time potong kek pulak.....kita Nyanyi lagu "Happy birthday to you..Happy birthday to you... Happpppy Birthday to Rayyan....Happppy Birtttttthday to youuuuuuuu " puh puh mummy cuba untuk tiup lilin....



Siap je potong kek.. anak anak apa lagi...makan kek sorang sepinggan dulu..lepas tu terjun lagi dalam kolam....seronok betul tengok diaorg ni... ibu ibu dan bapa bapa..pun sambung makan kat luar kolam...

Kakak kakak Sepupu Rayyan..yg tengah tu tokey shawl vougue


Atuk, Nenek, Moyang Adam dan Rayyan

Bila semua dah kenyang..dan  dah makan menu minum petang yang utama... majlis diteruskan dengan Suprise Hari Bapa... Rupa rupanya ramai yang tak ingat Hari Ahad tu Hari Bapa... :) Mummy Shu hidangkan Macaron Special  BazliQalesya Homemade untuk bapa Bapa...Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kerana bapa bapa semua sentiasa berada di belakang dan sentiasa menyokong kami...... syahdu jugalah ayah saya masa tu hhihihihihihi... then semua ibu ibu ni pi suapkan bapa bapa tersayang dengan Macaron...pemanis mulut..semanis kasih kami.... :)

Terima kasih Ayah....
Tanpa Atuk siapalah kami....


Wow..daddy..marah ke terkejut dengan rasa.... hahaha

Semoga kasih sayang terus berkekalan

Add caption
Sementara kami suap menyuap...anak nak masih tertawa kegembiraan di Swimming Pool...:) Terima kasih banyak banyak kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.... kepada yang tak dapat hadir...takpe nanti ada rezeki kita buat lagi kat swimming pool...




Lebih banyak gambar klik sini . Tetamu yang terakhir balik pada jam 7.30 malam... Kami sekeluarga singgah makan Mc Donald di Equine Park...Sampai rumah bateri badan mcam dah nak weak hahahhaa.. walau apa pun kami tetap enjoy dan tersenyum puas bila tengok semua happy !!!! dalam hati ada juga terdetik... kalau ada rezeki suatu hari nanti teringin nak buat gathering dengan Fan Bajuibu dekat swimming Pool... mesti happening kan !!!!

Buat anak Mummy Rayyan dan Abang Adam.....

Doa Mummy sentiasa mengiringi kalian dalam setiap Solat Mummy... Jadilah anak yang taat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara... sentiasalah berbakti...jadilah matang seiring umurmu....

Ya Allah,
Pelihara kan lah Anak Anakku
Jadikan lah mereka sihat tubuh badan
Cerdik akal fikiran
Dan disenangi ramai

Amin......

Birthday Boy ni...masih belum habis baterinya..huhuhuhuhu...TERIMA KASIH SEMUA !!!!!!

TILL THEN          ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~

Thursday, June 16, 2011


Hi all,

Aduh tertangguh tangguh mummy nak buat entry pasal Rayyan ni. Birthday Rayyan jatuh pada 16 Jun 2010. Alkisahnya setahun lepas...Daddy Azwar berangan angan nak anak kedua ni sama Birthday dengan dia pada 26 JUN 2011.. ni semua kes  sebab Abang Adam lahir pada hari yang sama dengan Mummy..... :)

EDD Rayyan sepatutnya pada 19 Jun.. tu mummy kata dengan Daddy Azwar... biasa kita boleh cepatkan..mana boleh lambat lambatkan masa nak lahir...heheheh.. Mummy ambil cuti awal dan lepak lepak rumah mak mertua sebab senang nak pi hospital kat seremban.. Sebelum tu dah sound kat Dr Intan di Columbia Seremban..kalau ada bilik kosong, janga lupa call..saya ok je nak bersalin awal..hehehe...

Hari 16 hb Jun, daddy azwar pi pasang wallpaper rumah customer di Seremban 3..ring ring Dr Intan telefon kata ada bilik single kosong hari ni... awak bolehlah datang sekarang..kita induce dulu... saya pun  siap siap.. salam salam mak, kakak kakak semua...ok..orang nak pi bersalin ni..jumpa esok... diaorg siap cakap..ko ni macam nak pi shopping je :)

Sampai hospital, terus induce...pastu nak tgk contraction... Sekali Dr Intan sampai.. dengan muka berkerut... Dr Intan :" Shuhadah..awak tak rasa sakit ke "?
Mummy : takde pulak...biasa biasa je
Dr Intan : Awak dah ada contraction ni..sekerap 3 kali setiap 10 minit...
Mummy : Haaaa...apsal tak rasa
Dr Intan : Takpe..kita tengok dah buka berapa cm, ermmm...shuhadah.... saya dah boleh rasa rambut baby
Mummy : Haaaa...baby dah nak keluar ke Dr...adeh...
Dr Intan : Air ketuban dah pecah...kepala baby block pintu..so air kat atas
Mummy : "Berbekalkan sedikit pengetahuan..mummy cuba berlagak cool"..dalam hati dup dap jugak
Dr Intan : Ok..now saya tolak kepala baby supaya air ketuban boleh keluar... nasib /rezeki awak ada bilik kosong hari ni..awak memang kene bersalin dah hari ni

Hush..bayangkan kalau take bilik kosong hari tu..dan saya tak sakit... tak tau berapa lama air ketuban dah pecah.. Dr siang siang dah inform saya risiko yang Baby Rayyan akan tempuhi...Deman seawal hari pertama yang disebabkan oleh jangkitan kuman ( berapa teruk bergantung air ketuban tu dah pecah berapa lama ). Saya hanya boleh bersedia dan berdoa supaya semuanya dipermudahkan.

Petang< lepas Daddy Azwar siap pasang wallpaper, Daddy bawak Abang Adam dan Mak saya datang hospital..diaorg pun berkampung la di bilik kami.. Dalam jam 8 malam..lahirlah baby Rayyan...kuat betul suara dia nangis

Hari kedua Rayyan deman..dan bermula la episod kene tahan wad..selama seminggu..Masuk antibiotik...dengan mummy sekali berpantang di hospital... Tahnik dan cukur rambut hari ketujuh juga kami buat di wad hospital... alhamdullillah Rayyan recover sepenuhnya pada hari ke 9.

Tu kisah Rayyan nak keluar dari perut Mummy setahun lepas.. now ni Rayyan dah setahun...

Fresh baru bangun tidur...senyum..

kami juga nyanyikan Rayyan Lagu birthday....walaupun dalam ni dengar suara mummy je.huhuhu..


Then Petang lepas Mummy balik kerje..kami semua pergi Jusco Equine bawak Rayyan dan Abang Adam main kat Playground Jusco... Birthday Party Rayyan nanti kita buat hari Ahad ni ye...



Dalam setahun ni...Rayyan dah pandai sebut mama, Abang , Daddy ( sebutan dad de )..dah nak pandai berjalan..dah tau merajuk..suka dengar lagu...selalu senyum..suka possing depan kamera... suka makan..dan suka berenang...pada dia Abang Adam lah orang paling kelawar dalam dunia...... hai anak anak mummy

Semoga Rayyan terus menjadi anak yang soleh , disenangi dan kasih kepada keluarga , Insyallah..

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Friday, June 10, 2011

Hi all....

Masa di nanti dah tiba... sale 10 % untuk semua item ye.. pembelian hanya di http://www.bajuibu.com . Petang ni bermula 3.45 petang dah boleh start membeli.. payment penuh sebelum hari isnin ye... isnin saya akan buat pengeposan.



Selamat berhujung minggu dan semoga semua bergembira bersama keluarga ...

p/s - saya berada di Teluk Intan Ahad ni... sesapa nak COD disana boleh roger roger saya !!!

TILL THEn  ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~

Thursday, June 9, 2011

Hi all,

Ramai mengeluh dengan saya internet diaorang slow.. tak bleh buka page bebanyak :)... bila dah buka Facebook.. amatlah slow kalau nak buka website lain pulak... bila la agaknya kan Bumi Malaysia kita ni nak ada internet yang super laju pada harga yang murah murah je.... hehehehe
   

So saya nak ajak semua fan BajuIbu - Baju Menyusu,Nursing Apparel for modern mum's di Facebook dan lain lain chanel untuk add saya di Blackerry anda... insyallah lebih mudah kita nak berinteraksi . Saya makin jatuh hati dengan aplikasi Blackberry ni ( ke saya yang ketinggalan ) padahal sebelum ni tak pernah ambil tau pasal teknologi..hahahaha..pada saya cukup sekadar SMS, CALL IN dan CALL OUT... kalau nak internet buka la komputer hehehehe... Tapi memang kalah juga saya dengan pendirian tu sebab sejak ada jenama sendiri saya perlu sentiasa available lebih lebih lagi saya beroperasi secara online.

Yang pakai smartphone yang lain pun tak susah dah nak "cari" saya..juga pengguna telefon yang lain...saya dengan berbesar hati melayani pertanyaan anda 24 sehari 7 hari seminggu melalui chanel chanel seperti SMS, YM, googleTalk dan Facebook Chat. Cuma di masa masa puncak tu saya lambat sikit nak reply.... samada saya tengah jumpa orang/meeting , tengah masak , tengah melayani 2 hero dan King di rumah etc... namun bila berkesempatan pasti saya akan melayani pertanyaan anda pula...


GoogleTalk : noorshuhadah@gmail.com




Add saya di semua chanel ni tau... jangan tak add.. ada kejutan bakal kejutan ni bermula minggu hadapan.... tunggguuuuuuuuuuuu


Till then         ~~HAPPY BREASTFEEDING~~

Wednesday, June 1, 2011

Hi all,

Segmen belek belek design kali ni kita kupas sikit mengenai Koleksi Carry... again.. koleksi ni ada poket ( sangat practical untuk mummy mummy semua letak/bawa bende bende penting seperti handphone etc ). Koleksi Carry terdapat dalam 4 warna yang gorgeous iaitu HITAM , ROYAL BLUE , ROSEPINK DAN PURPLE.
Carry Black, Purple, Rosepink dan Royal Blue

Bukaan menyusu di dada sama seperti koleksi MIKO ( pretend button, button yg real di bahagian atas sahaja ).So dapat menjimatkan masa mummy semua nak menyelak...kene pulak masa baby tengah tak sabar sabar nak menyusu kan ...

Bukaan menyusu cukup labuh untuk memberi anda keselesaan ketika menyusukan bayi

Sekali lagi design yang ini mempunyai ruffle di lengan dan potongan poket memang cun habis dan kemas.

Ruffle dan poket

Koleksi ini available dengan saiz S,M,L,XL . Pada harga RM 67.90. So apa lagi..bolehlah placed order terus di http://www.bajuibu.com

Till then... ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~