Monday, May 30, 2011

Salam sayang semua....

Bertangguh tangguh saya nak buat entry ni...hihihihi. Apa apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada pemenang pemenang peraduan Kasih Ibu dan Soal Jawab laktasi majalah Pa&Ma bulan Mei dan Jun 2011. Jangan lupa claim hadiah anda di http://www.bajuibu.com ye..

Untuk makluman, baucer tu hanya sah untuk sekali pembelian sahaja. Contohnya jumlah order anda termasuk kos pos ialah RM 80.90, makan tiada baki yang akan dipulangkan.... jika jumlah order anda termasuk kos pos ialah RM 120, just bank in kan kepasa saya RM 20 sahaja.... tadaaaaa kemudian saya akan pos kan order anda...

Jangan lupa rekomenkan kepada rakan rakan ye mengenai kami.... :)

Pemenang bulan Jun 2011 ( Noor Aishah Ahmad, Ismaiah Kasim, Norhasliza Muhammad Noor, Sabariah Rifin , Siti Hajar Mohd Rashid, Rosnani Elias )
Pemenang Bulan Jun 2011 ( Pn Nora, Sepang  )

Pemenang bulan Mei 2011 ( Siti Hajar Ramli, Erni Hernani Hashim, Noorhariaty Aziz, Norsuriani Saad, Sonia Diniati Nazaruddin, Norashikin Othman )
Peme,nang  bulan Mei 2011 ( Pn Azlina Maslan )


Till Then          ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Sunday, May 29, 2011

Salam sayang buat semua... hush lama betul tak update blog cerita ceriti baju menyusu ni :)

So hari ni saya dan team ( dengan hubby je pun ) dah bersedia sepenuhnya untuk bekerja..bersedia melayani email,sms,chat etc etc...juga kami dah dah bersedia untuk melangkah setapak lagi kehadapan...SEMANGATTTT !!!

Untuk koleksi baju menyusu seterusnya... nantikan koleksi BAJU KURUNG MENYUSU POLKADOT MAROON,BIRU NAVY,SHOCKING PINK DAN PURPLE ( ni semua english cotton ).. kemuadianya ada BAJU KURUNG MENYUSU Cotton Swiss BIRU PUTIH DAN MIX POLKADOT..... aduhhhh deman polkadot la kita..

After semua koleksi hari raya ni siap.. nanti kan pula Koleksi FUNKY dari bajuibu.com .... jeng jeng jeng...Koleksi Dress dan T shirt..bukan macam t shirt antioni tau.... printed material yang gorgeous...waaaaaa i likeeeeeee.. Ni first time saya try fabrik ni ( fabrik apa....syhhh rahsia )...yang pasti mummy semua akan jadi trendy...

Seiring dengan ini juga kita akan reproduce semula beberapa design yang menjadi kegemaran ramai.... huhuuhu so sorry tak dapat nak percepatkan design ni di reproduce kan....anyway...sangat sangat berterima kasih atas sokongan anda semua.... luv u all..


Nanti saya update lagi.....

TILL THEN      ~~HAPPY BREASTFEEDING~~

Tuesday, May 17, 2011

Hi all

Dengan sedihnya saya tidak dapat mencari orang untuk menjaga stok baju menyusu @ Bajuibu.com sepanjang saya dan suami keluar outstation bermula esok 19 hb Mei 2011 hingga 27 hb Mei 2011. Semua order yang sudah di confirm dan payment dibuat sebelum jam 9 pagi esok ( 19hb Mei 2011 ), saya akan pos sebelum ke airport..


Dah lama betul saya tak terbang ke luar berdua dengan en Suami :)... kali ni agak lama kami pergi.. so ada rasa macam "honeymoon + business" trip. Semua telah di plan dengan rapi....tapi adakah kami akan mengikut jadual hahahaha tak tau la... kalau ikut pengalaman memang setiap hari balik hotel macam nak patah kaki dibuatnya ( seharian keluar mencari barang etc ).

Poyo je gambar ni.. :) kalau la saya boleh sesantai ini..

Pasti kami rindu nanti dengan anak anak...huhuhuhu.. lawak kelakar Abang Adam dan muka manja Adik Rayyan..Diaorang berdua ni nanti Mak dan Ayah saya yang jaga...dibantu oleh pakcik pakciknya ( adik saya semua lelaki huhuhuhu ).. Harap harap semuanya OK... Atuk dan Wan ( panggilan kepada Adam dan Rayyan ) dah janji nak bawak mandi swimming pool.. yuhuuu diaorg berdua ni kaki berendam..harap harap terlupa la kejap kat Mummy n Daddy... Jangan rindu rindu tau...

Abang Adam
Muhammad Rayyan
Mummy tak on internet roaming...huhuhu sangat mahal !!.. tapi mummy akan make sure kan hotel ada wifi atau apa je la internet service.. nanti memalam kita ber 'Skype" ye anak anak...alamak..sebak ni..belum tinggalkan lagi huhuhuhuh  huwaaaaa


Okeh okeh..alih perhatian... Buat semua peminat peminat koleksi Baju menyusu @ Bajuibu.com... doakan perjalanan kami kali ini dipermudahkan dan akan dapat baaaaaanyak fabric yang cun melecun untuk anda...Nantikan update saya sekembalinya saya dari Luar nanti :)

Nak hint sikit :-  Coming Soon _ koleksi baju kurung menyusu , Top kasual, dan Tshirt !!!!!


Till Then      ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~

Sunday, May 15, 2011

Segmen kedua belek belek design.... memperkenalkan..jeng jeng jeng.. One piece Nursing Cardigan JULIA .
JULIA
Macamana dapat nama ni? entah macamana masa berangan angan nak buat cardigan asyik terbayang JULIA ROBERT ( hahahaha..sah kaki berangan ), Time tu juga decide " Ok aku bagi nama kepada ko JULIA " sah !! :)

Saya kira koleksi JULIA ni sangat sesuai buat Mummy mummy yang baru nak 'breastfeed in public' . One piece cardigan ni saya attachkan sekali dengan baju dalam, so takde lah tebal sangat macam pakai baju 2 lapis.

Dari Kiri atas : Maroon,Green,Terracota,Grey dan Navy Blue

Bukaan menyusu yang selesa, dan boleh gunakan lebihan baju dibahagian depan 'as a nursing cover' . Suka tak :)

Lebihan baju sebagai 'nursing cover'

Lengan...hehehe saya kekalkan konsep 'puff' ( saya mabuk puff masa  ni ), saja nak menambah perasaan muda dan ala ala jepun /korea sikit... kalau rasa tak best nanti jangan lupa bagi feedback kat saya :)

Puff di lengan

Saya sangat enjoy dengan koleksi ni.. saya juga harap anda suka dengan JULIA.. favourite saya JULIA Greeen dan Terracota.

Koleksi ni dah mula boleh dibeli pada harga RM 67.90 di web site http://www.bajuibu.com


Till Then                      ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~

Wednesday, May 11, 2011

Hi all,

Mula hari ni saya akan buat satu segmen entry 'BELEK-BELEK' khas untuk kita ulas satu bahagian demi bahagian koleksi Baju menyusu @ Bajuibu.com. Hari ni saya nak ulas / cerita sikit design baju menyusu Top MIKO.

Ada 4 warna : Krim, Maroon,Brown dan Green

Baju ni just nice panjang dia, dalam 80 cm atau 32 inci. Masa buat baju ni teringin asyik terpikir nak buat style korea/jepun je.. tu yang keluar nama MIKO.. sapalah MIKO tu hahaha saya pun tak tahu :)

No 1 : Butang     No 2 : Pretend Button je
 Untuk bahagian dada, saya tambah ruffle/ropol dan 'pretend' button.. hanya perlu buka butang bahagian atas sahaja..then tarik terus untuk bukaan menyusu.. so cepat dan pantas...baby pun tak meragam tunggu mummy bukak baju *wink* Labuh bukaan menyusu cukup selesa untuk semua jenis 'cup' dada. Fabrik bercorak dibahagian butang menampakan kelainan..supaya baju tu tak jadi bOOOOOOOring.

Kain stretchable...selesa




Mesti ramai tertanya tanya.. ' erkkkk ada poket ..kaler lain pula tu..


.' Ha..anda berani ke mencubanya?'

Saya senganja buat poket dengan fabrik lain supaya kelainan lebih terserlah. Anda juga akan nampak cutee dengan koleksi MIKO ni... percayalah *wink*   Poket ?  saya memang suka poket.. banyak kegunaannya.. bila kita pegang baby sambil bawa handbag amat merimaskan, so poket ni biasanya saya akan letak handphone, tuala kecil ,kunci etc.. amat praktikal.

Harap anda suka dan selesa dengan design ini.. saya amat mengalu alukan sebarang komen dan pandangan mengenai design ini.

Till Then        ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Sunday, May 8, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... semoga hari ini dan hari hari berikutnya kalian akan sentiasa dilimpahi rahmat...

Minggu ni masuk hujung minggu kedua saya dapat berada dirumah sejak dari awal tahun.. so masa dihabiskan dengan mengemas rumah dan main dengan Adam dan Rayyan...terasa panjang pulak hujung minggu kalau duduk dirumah seharian... best best best..

So hari Ahad..awal pagi lagi Daddy Azwar dah keluar nak pi basuh kereta katanya....malas nak ikut..saya lepak rumah je dengan 2 hero saya...sambung kemas rumah,makan makan buah dan tengok tv.. Daddy balik terus senyum senyum bawak kek...memang dah terlupa terus.. Rupa rupanya Daddy belikan saya kek Hari Ibu...hihihihi terharunya masa tu... tak sangka pulak Daddy ingat...

Tq daddy !!

So apa lagi...kek yg menjadi kegemaran abang Adam..terus tak sabar sabar nak potong..siap nyanyi lagu Happy Birthday ....

Tengok tu tak sempat sempat nak potong kek
Tak bleh tahan...lama sangat 'timer' camera ni..rasa mcm hari kahwin plak..hahaha
Rayyan nak kiss, tapi siap nganga mulut....

Abang Adam kata ' Tq Mummy' :)

So lepas comot kan diri masing masing dengan kek. kami pun bersiap siap nak pi majlis harijadi anak tokey kedai persiapan barang barang party Sea Star Party Shop, Qimy yang ke 4 tahun. Kedai ni kat Putra Walk Seri Kembangan..Sesapa nak cari segala macam barang nak buat party boleh lah Contact Ju Hasliza.. murah murah barang dia... Kat sini juga berkesempatan jumpa kawan lamaaaaaa.. kak June tokey Cheese Tart yang sedaaaaaappppp..Rayyan makan tak henti henti..Tapi tu la.. tak ambik gambar pulak..sibuk berborak je...

Sangat selesa tau kedai ni...
Orang makan kek, Rayyan layan belon dalam khemah Thomas...

  Saya pakai Baju Menyusu Julia Green

Lepas perut kenyang pekena nasi Dagang .....ohhhh sedapnya kuah ikan tu... makcik...nak odrer nanti masa birthday Rayyan boleh tak....hihihi. Terus kami jumpa tailor... ambik stok baju kurung menyusu. Habis seharian masa kami.. Malam pulak Mak saya datang rumah... esok pepagi dia nak ke Putrajaya....

Saya pula, mengira stok dan membalas email sampai tengah malam..hushhhh...penat tapi enjoy hari ni... Tq Daddy atas ingatan. Love you and May Allah memberkati keluarga kita...

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Friday, May 6, 2011



Hari ni tak mau cakap pasal fesyen dan baju.. Kita cakap pasal Mak/Ibu/Mummy/Ummi kita je. Sebenarnya hari hari pun Hari IBU, cuma 8hb Mei ni diwartakan sebagai Hari Ibu ( tak tau la siapa yg warta kan hihhi ). Kadangkala kita terlalu sibuk dengan urusan kerja / rumahtangga etc sampai nak telefon mak sehari sekali pun susah atau asyik terlupa..balik balik mesti mak je yang akan telefon kita dengan alasan tersalah dail nombor la..saja nak cakap dengan cucu la...saja tanya nak balik kampung minggu ni ke tidak.. hujung minggu ni ada kat rumah tak dan sebagainya. Kita pulak sebenarnya bukan tak tau yang mak tu rindu kat kita ( *wink* ), tapi sengaja buat buat tak tau kan..kan..kan...

Tapi itulah kebenarannya hakikat kehidupan kebanyakkan dari kita. Harap harapnya hujung minggu ini luangkan lah masa bersama dengan mak kita..kalau tidak dapat balik ke kampung..angkat lah telefon..dail lah nombor  dan berboraklah dengan mak kita ( walaupun dia sebenarnya tak tau hari Ahad ni Hari Ibu )..jika itupun kita tak dapat lakukan atas pelbagai sebab..janganlah lupa untuk mengangkat tangan berdoa untuk KESEJAHTERAAN Mak Kita. Tak kira la berapa banyak mak kita marah dengan kita atau dah sakitkan hati kita.. kita kene ingat lebih banyak lagi MAK kita sakit waktu nak lahirkan KITA dan membesarkan kita...INGAT TUUUUUUU !!!!!!  Kalau ada rezeki lebih belanja la MAK kita...makan aiskrim pun seronok juga kalau bersama sama dengan gelak tawa... semudah itu je...



Buat para suami pulak..janganlah lupa pada isteri tu...dia pun IBU juga ( hihihi ). Hargailah kami dan kasihlah kami. Sesungguhnya kami ini amatlah memahami dan semoga dengan kasih sayang antara kita Suami Isteri serta Doa yang berpanjangan akan menjadi ikutan anak anak yang soleh dan solehah....Anak anak yang soleh dan solehah insyallah tidak akan lupakan IBU dan BAPA...


Till Then...selamat berhujung minggu dan      ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~