Thursday, August 18, 2011

Hi all,

Semalam tersentuh betul hati saya baca berita di Akhbar Utusan..kisah Keluarga yang dikurniakan kembar 3 baru baru ini. Kalau tak silap saya juga ada baca kisah mereka ketika baru dilahirkan..bagaimana kedua ibu bapanya kembar ini risau untuk menjaga mereka berikutan ketidakmampuan mereka dari segi kewangan.

Mansor ( ayah ) , Adam Haikal , Nurul Fasihah, Nurul Farishah, dan Nurul Farisha dan ibu Yusniza

Dengan usaha dari ibu ibu di KIM (FB).. mereka dapat menghubungi wartawan dan berjaya mendapatkan no telefon Mansor dan no akaun Bank islam Yusniza.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian ke akaun berikut

YUSNIZA YUSOF  -   BANK ISLAM 0204 8020 5112 12
Tel : 0134214573 - mansor
 Alamat :
 mansor bin ibrahim.
 jalan telekom kuban rusa,
 kampung lalang,muki siong,
 09100 baling,kedah.
Pasangan ini masih menunggu jawapan dari pihak JKM untuk mendapatkan sedikit bantuan. Untuk Makluman pasangan ini memerlukan 15 lampin sehari dan kira kira 1.8 kg susu tepung seminggu. Dengan pendapatan Mansor sebanyak RM 400 sebulan sudah tentu tidak mampu untuk menyara mereka berlima.. kesusahan hidup mereka membuat saya tidak boleh tidur malam mengenangkan nasib anak anak kecil ini.. tak sabar rasanya nak memberitahu semua untuk menghulurkan bantuan.


Dengarnya juga ibu ibu geng kembar dan ibu ibu di KIM berkobar kobar untuk membantu pasangan ini...sangat terharu dengan semangat setiakawan dan persaudaraan  yang terjalin antara kumpulan ini. Keep it up mummy !!!!


Saya berharap jangan pula ada persoalkan " kenapa tak beri susu ibu..kan jimat " .. satu kita harus faham..bila dalam situasi begini ada banyak kemungkinan dan salah satunya adalah faktor stress ...Stress dengan kewangan..stress + bimbang dengan nasib anak dan macam macam lagi... bila badan dan otak stress bukan kah production susu akan berkurang.. iya kan.. kita kalau banyak kerja dan gaji beribu ini pun stress..inikan pula keluarga yang makan minumnya entahkan cukup atau tidak...Jauh di sudut hati ibu mana yang tidak mau menyusukan bayi mereka...betul tak ?


Jika ada ibu ibu yang menyokong penyusuan ibu dan tinggal berdekatan Baling..bolehlah pergi melawat pasangan ini..berilah sokongan kepada mereka...berilah pengetahuan kepada Yusniza mengenai penyusuan susu ibu...dan kongsilah pengalaman anda dengan Yusniza...insyallah bolehlah Yusniza memberikan yang terbaik buat kembar mereka....insyallah


Pada pendapat saya sememangnya dalam keadaan keluarga ini..menyerahkan kembar mereka ke bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jalan terbaik sekurang kurangnya sehingga mereka dapat memperbaiki / menstabilkan kehidupan mereka. Namun jika ada bantuan dari kita..mungkin mereka tidak perlu menghantar kembar mereka berjauhan dibawah jagaan JKM kan ... Kita bantulah mereka semampunya..reserve lah sikit duit raya tahun ini dan berikan kepada mereka...


Semoga anak anak ini menjadi anak anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya...insyallah

Semoga Ramadhan yang mulia ini membawa keberkatan dan sinar baru dalam kehidupan Pasangan Mansor dan Yusniza...insyallah


Sayang anak anak mummy -ADAM + RAYYAN

Kata  Adam : I'm Little khalifah of Allah !!!




Till Then  ~~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~~




Wednesday, August 17, 2011

Hi mummy semua..

Semoga Ramadhan ini dapat dilalui dengan mudah dan dikurniakan susu yang mencukupi buat si kecil..

Lagi 2 minggu nak Raya..alhamdullillah dapat juga siap beberapa warna lagi sebagai tambahan kepada koleksi sedia ada.

Namun demikian jangan lupa ye pengeposan terakhir pada 23hb Ogos 2011.Pengeposan selepas itu , barang hanya akan diterima selepas hari raya nanti .

Koleksi Lengkap boleh dilihat dan dibeli di http://www.bajuibu.com

Julia Green - beli disini

Julia Blue - beli disini
Carry Terracota - beli disini

Dress AMI purple - beli disini

Till Then      ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~



Thursday, August 11, 2011

Hi all,

Dah seminggu lebih tak update blog....2 minggu pertama ogos ni banyak betul dugaan....mula mula koleksi baju kurung yang banyak masalah... ukuran baju tunggang langgang...jahitan senget benget...potongan salah... dan memacam hal lagi... sedih juga melihat longgokan baju yang tidak sanggup saya jual kepada pelanggan..ermmmm  mungkin saya patut recycle kain kain tu buat selimut yang tampal tampal tu kan hihihihi. saya positifkan kan aje diri ini..'pasti ada sebab saya diduga begini'..sudah reda kemarahan dengan baju kurung... satu lagi buat saya naik hangin..... ada roll fabrik saya yang berlubang lubang..,huhuhuhu tersentap akak !!... kain untuk buat Dress AMI pulak tu...... ermmmm sabar sabar.... memang hilang mood rasanya dengan semua benda ni....

Namun sampai masanya siap juga baju menyusu ( re produce semula ) first batch....Antara yang baru siap Tops AYM ,Dress AMI ,  Short Dress TMN ( plain ), Tops MAI lengan pendek dan lengan panjang , Tops MNK ( saiz masih belum complete ) , dan satu design baru Koleksi NISA..

Blouse NISA, sesuai dipakai sejak hamil..tali cerut boleh di adjust - beli disini

Tops AYM - beli disini

Dress AMI Cloudy Red - beli disini

Dress AMI Grey - beli disini

Short Dress TMN Cloudy Maroon - beli disini

Short Dress TMN Green - beli disini

Short Dress TMN Purple - beli disini

Tops MAI lengan pendek , disertakan dengan stokin tangan - beli disini

Tops MAI lengan pendek purple, disertakan dengan stokin tangan - beli disini


Tops MAI lengan panjang olive - beli disini

Tops MNK Green - beli disini

Tops MNK krim - beli disini

Tops MNK Orange - beli disini

Tops MNK Purple - beli disini
 Insyallah next week saya update lagi design baru dan saiz yang ada


Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Wednesday, August 3, 2011

Terima kasih..

Sangat sangat terharu dengan sokongan mummy mummy semua yang sudi singgah di booth kecil saya di Parenthood Expo weekend hari tu di Midvalley. Juga sangat sangat gembira dapat berbual dengan mummy semua....juga sangat sangat gembira dapat berjumpa mummy mummy yang selama ini kenal dalam FB je...juga sangat sangat selesa bila ditegur kalian ' shuuuu' , 'shu kan'..terasa dekat je kita dan macam dah lama kenal hihihihi.....i sangat sangat likeeeee.

Kecik je booth kami....insyallah lain kali lebih selesa.. saya dah bayangkan decoration nya :)

Saya juga sangat sangat salute dengan preggy mummy yang kebanyakannya dah 34 minggu....huhuhuhu..sanggup meredah crowd yang sangat ramai mencari booth kami...huhuhuhu dan sanggup pula singgah dua hari berturut turut untuk tengok design baru..huhuhuhuhu.... korang memang hebat !!!! saya doakan semua mummy mummy ini terus sihat dan kuat walaupun dah tunggu hari...


Mummy Biah datang hari kedua bergaya dengan baju menyusu JULIA .diteman mak yg super sporting !!!

Preview Koleksi terbaru kami NISA..digayakan oleh Mummy ______ . Preggy 1st trimester


Ini kali pertama saya dan bajuibu join event sebesar ini... booth kami juga sangat sangat kecil... namun saya sangat sangat seronok melayan mummy semua dan sangat sangat berterima kasih kerana sudi dan selamber je sarung baju untuk try test... sangat sangat berharap mummy semua berpuas hati pada harga dan kualiti bajuibu....saya juga sangat sangat terbuka untuk menerima sebarang komen dari mummy semua mengenai kualiti baju, cutting baju etc... insyallah boleh saya perbaiki untuk koleksi yang akan datang.

Ada rezeki pada event yang seterusnya...booth saya akan lebih besar dan selesa.. yang pasti lain kali saya akan pastikan booth kami mempunyai fitting roomm !!!

Pada yang tak dapat hadir di Midvalley.. stok baju kurung masih ada.. saya sangat sangat mengalu alukan mummy semua walk in atau beli secara online koleksi bajuibu... pintu kami sentiasa terbuka :)

Sangat sangat sedih juga bila semua koleksi baru bajuibu tak dapat saya bawa masa di Midvalley . Semua ni diluar kawalan saya huhuhuhu... Alhamdulillah hari sabtu dapat juga saya preview kan 1 design Dress Ami dan Blouse cotton Nisa .

Tergantung sebelah kiri Koleksi NISA , dan disebelahnya Dress AMI

Saya agak kekurangan staff di booth kali ini..Tapi sangat sangat bersyukur saya dibantu oleh jiran yang super sporting Dyahaha  dan mak saya yang tak kenal erti penat.....kesian tengok mak penat waktu expo tu tapi dia tetap kata..."takpe..boleh juga mak tolong jaga baby customer kau sambil mak mak diaorg memilih baju "

Penyeri Booth kami ......
Dipenghujung event , saya dilawati oleh mummy mummy usahawan Lunatots yang hebat . Sempat juga berbual dengan beberapa rakan usahawan yang lain...pokoknya saya sangat sangat gembira...


Mummy Nini + sweet lilttle Khayra, Mummy Haza,Mummy Shu,Mummy Suraya n Mummy Farah
Semakin banyak barang yang dikemas....


Hati semakin rindu dengan dua orang budak dirumah...Adam dan Rayyan...dah 3 hari mummy balik diaorang dah tidur... tq atuk tolong jaga 2 hero mummy ni

Rupanya diaorang berdua ni menanti mummy balik dalam keadaan serba biruuuuuu

Semalam baru je saya kemaskan rumah yang dah 2 minggu tak berkemas..huhuhuhu ... pagi tadi saya sudah mula update stok baju menyusu yang masih available di http://www.bajuibu.com .

Jika tiada aral hari khamis atau jumaat ini saya akan upload semua koleksi yang sudah siap.


Till then ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~