Awal bulan 3 hari tu kami ke Kuching satu family..ni percutian yang tak dirancang langsung.. semua gara gara dapat tiket Firelyz RM 18 return...hihihihi memang puas hati... Yang best dengan firelyz ni infant pun saya boleh belikan tiket dewasa ( so ada seat ).... bukan sengaja nak beli seat.. tapi sebab promo kan tiket murah..kalau tak infant kena RM 50 untuk satu hala.. hahahaha. Lagi satu ..naik dari terminal 1 KLIA ( lepas gian..lama dah tak naiki MAS/pergi terminal 1 )
So 4 hari 3 malam kami di Kuching, hari pertama sampai dah dekat pukul 2. Ambik kereta sewa terus kami ke Damai Beach Resort.. Kami ambil chalet.. memang puas hati.. bilik besar ada 2 katil King... bersantai santai kami di tepi laut..sambil anak anak main pasir..
Masih di Terminal 1 KLIA..Rayyan menghilangkan dahaga dan mummy bergaya dengan Koleksi Baju Menyusu SYR
Kat depan chalet kami..mummy pakai Koleksi Baju Menyusu MNK Purple
So hari pertama , kami hanya ke Perkampungan Budaya SArawak.. enjoy sangat tengok persembahan. Petang kami mandi mandi kolam.. masa ni la frust..kamera habis bateri.. Rayyan first time mandi kolam.. saya pakaikan dia pelampung leher tu... hihihi cute...dia steady je dalam air..
Lagi dengan Koleksi baju menyusu MNK Purple
Hari ketiga pula kami ke Bandar Kuching.. melawat muzium Kuching.. tengok orang hutan di Semenggoh Rehabilation Centre. Lepas tengok orang hutan.. haripun dah petang..terus kami check in ke Hotel Habour View... rehat rehat.. malam kami ke seberang sungai sarawak.. naik bot penambang ..hihihi Rayyan punya la takut masa naik bot ni..bukan apa..takut tengok muka sorang auntie ni... Tambang bot ni 50 sen je... tak sampai 3 minit dah sampai seberang... makan malam then shopping kek lapis.. pastu berkejar pulak ke Pasar satok nak beli Ikan terubok masin..malangnya satu kedai je yang masih buka..
Mummy dengan Koleksi Baju Menyusu Nana Pink ( sekejap je pakai sebab Rayyan Muntah kat baju ni )
Menunggu orang hutan yang belum keluar..mummy dan Koleksi baju menyusu Mai Purple
Dalam muzium Kucing.Koleksi baju menyusu Mai Purple
Hari ke empat.. pagi pagi lagi kami bersiap nak ke airport..flight jam 9 lebih pagi.. Kalau nak tengok gambar gambar kami di Kuching silalah ke link ni....
Belum habis lagi..... nak preview sikit koleksi Baju menyusu..yang saya masih belum decide nak buat atau tidak...
T shirt one piece..bahagian depan dilipat seperti jaket, bukkan menyusu tersorok di dalam lipatan...bagilah pandangan ye ....
Till Then Salam Sayang dan Selamat berhujung minggu...... Happy Breastfeeding
Inner menyusu Koleksi Cristy ( full body ) warna Krim kembali lagi . Kali ni dengan saiz M. So sekarang kami sudah ada saiz XL dan M. Masih panas lagi ni . Baru keluar dari oven hehehehe.....
ALhamdulillah.... Syukur sesangat... berjaya juga saya membawa koleksi baju menyusu ~~IBU~~ ber booth di Plaza Alam Central. Mula mula berat juga hati nak ber booth.. dah la saya sorang sorang di booth..lagi terkenangkan Daddy Azwar ( hubby tersayang ) yang tengah mengasuh anak anak di rumah.... hai.. macamana la keadaaan nya... dan memang seperti dijangka baby Rayyan meragam sikit.. asyik nak di dukung je...tapi apa apa pun kene bagi credit kat my dear Hubby seba dia pun berjaya melalui 2 hari penuh mengasuh anak anak hehehe.. begitu menguji kesabaran katanya...
Berbalik cerita di booth..Gembira dapat jumpa fan Facebook Bajuibu secara live.....juga kenalan kenalan baru yang sudi meluangkan masa menjenguk koleksi kami.
Begini la rupanya booth kami
Antara Koleksi Kami
Antara Koleksi Baju Menyusu @Bajuibu.com
Booth di Plaza Alam Central ni dianjurkan oleh Huiyoo Bazaar. Setalah berhempas pulas menyusun, begini lah jadinya susunan koleksi baju menyusu Ibu..sekejap melintang..sekejap menegak saya susun rak tu disebabkan ruang agak terhad. Tak dapat saya ambil banyak gambar dengan semua pelanggan yang datang.. dah la saya sesorang yang jaga.. nak mintak tolong rakan booth disebelah..masa ada pelanggan bajuibu datang..mereka pun sibuk melayan pelanggan... :) anyway kalian tetap dihati... terima kasih juga buat pelanggan yang sanggup datang dari Rawang, Kajang, Kepong dan juga kawasan sekitar Shah Alam.. Untuk yang tidak dapat melihat koleksi kami secara live, Insyallah ada kesempatan saya akan bawak koleksi Baju Menyusu ~~IBU~~ ke tempat anda pula....
Terima kasih juga diatas pandangan dan idea yang dikongsi untuk kami perbaiki koleksi baju menyusu ~~IBU~~ .
Terima kasih dear...
Tq Dear Amiza...return online customer..cute baby dia ( terus rindu kat Rayyan masa ni )
Pagi ni ada satu video kat Wall Facebook saya ..Ustaz Kazim bercerita pasal Seronoknya berkahwin : belanja isteri dapat pahala... pahala lebih besar dari berjihad pulak tu... tergerak nak menulis pasal ni bukan apa... selalu saya mendengar rakan rakan saya di alam maya dan nyata mengadu apabila SUAMI dan KELUARGA taknak support isteri yang bersungguh sungguh nak menyusukan bayi. Aduhhh kenapalah jadi sebegitu.... Kalau sudah pilihan si IBU tidak mahu menyusukan bayinya atas alasan tertentu..lain lah ceritanya...
Dalam Surah al-Baqarah ayat 233 ada Allah SWT berfirman :
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka…”
Sedih rasa hati kami ni seorang ibu @ isteri bila orang yang paling rapat dengan kami pun tak mahu menyokong niat dan usaha kami. Pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka ini , SUSU AWAK SIKIT..ANAK TU TAK KENYANG...SUSU AWAK TAK BERKHASIAT ( masyallah... masa menulis ni pun berair mata saya )... ADA TU TAK SABAR SABAR NAK SURUH ISTERI MAKAN JAMU BAGAI...
Sabar..sabar....sabar... menyusukan bayi bukan satu perkara mudah.... banyak usahanya....banyak pengorbanannya... hish.. nak berceloteh pepanjang..saya pulak yang ada perasaan sebak..naik hangin..semuanya lah... ( Tarik nafas jap......nak betulkan mood :) )
So , saya mintak lah para suami suami ni, berilah sokongan dan motivasi kepada isteri anda... banyak pahalanya.. belanja / belikan isteri anda makanan atau apa sahaja yang mampu untuk membantu isteri menyusukan bayi sebaiknya.. jangan lah dihalang.. bak kata ustaz ni..pahalanya lebih besar dari pahala jihad.. anak menangis tengah malam, isteri bangun menyusukan bayi.. si suami/ayah pun bangun lah sekali...mungkin si isteri tadi haus ( biasa lepas sesi menyusu pasti rasa haus ), berikan lah isteri tu air... dapat pahala sebab sedekah pada isteri dan anak... kan bagus begitu tu... betul tak...
Dah lepas pantang, isteri pasti perlukan kelengkapan untuk meneruskan misi penyusuan.. belanja/sedekah lah pada isteri milk booster ke..supplement ke... belikan juga mereka baju bajan yang memudahkan mereka untuk menyusukan bayi dimana mana.. kami di Bajuibu.com akan sentiasa cuba untuk maintain baju menyusu pada harga yang berpatutan agar tak membebankan anda membelinya.
Kan ada orang kata... isteri gembira..suami pun gembira..keluarga pasti bahagia...insyallah....
Pertama kali Koleksi Baju menyusu akan bertemu 'Face to Face' dengan anda Hujung minggu ni !!!! Tak sabar rasanya bertemu Ibu-Ibu semua... :) ngeee
Saya akan bawa semua koleksi yang masih ada... dan saya ada beberapa design yang akan saya preview kan untuk anda !!!! Harap sangat komen dan pandangan dari semua...Dan satu lagi kalau sempat saya siapkan semua koleksi baru juga saya akan bawa ( i likeeee cuteee !!! )
Jangan lupa ye temui kami di Tingkat 1 Plaza Alam Central, Shah Alam hujung minggu ini ( 26hb - 27 hb March ).
Material nya saya dapat sikit je.. alhamdullillah dapat juga saya siapkan inner menyusu full body kaler krim ni.. saya buat saiz XL je ( dada up to 40 inci ) so boleh muat dari saiz M sampai XL... nanti kalau ada kain lebih saya buat semua saiz ye...
Inner kaler krim ni agak limited jumlah nya.. so siapa tak sempat tu.. insyallah saya akan producekan semula nanti ye...
Ada sedikit review mengenaki Koleksi Baju menyusu Ibu di Majalah Pa&Ma April !!! juga ada gambar mummy ( panggilan saya untuk anak anak ) dan baby Rayyan didalamnya..
Review Baju Menyusu Koleksi IBU, Mummy pakai Koleksi AYM dan AMI
Juga nak ucapkan Tahniah kepada pemenang Peraduan Kasih Ibu April 2011 iaitu PuanNORMALAYATI AHMAD dan baby NOOR KAIYYISSAH IZZATTY , Puan NOLIYATI OSMAN dan baby MUHAMMAD IRFAN KHAIRI, Puan JULIANA RAJAB dan baby NUR ALYA, Puan SITI HAMIDAH MOHD SETAPAR dan baby SAFYA AFIFF, Puan NORALIZAH ALIAS dan babyADAM HAIKAL , PuanNURUL HIDAYAH BINTI ZAKARIAdan baby AHMAD WAFIY HAKIM
Pemenang Kasih Ibu April
Tak lupa juga pembaca bertuah untuk Ruanagn soal jawab Laktasi Puan ROSE DARI KEPALA BATAS, Pulau Pinang