Thursday, August 30, 2012

Hi...

Macam menarik tertarik je kan tajuk atas tu... tapi anda bukan bermimpi.. ini KENYATAAN sayang oiii...

Buat pertama kali dalam 2 tahun Bajuibu Nursing Wear berada dalam pasaran, Saya berbesar hati mengadakan jualan Penghabisan Stok untuk Koleksi 2011 Baju Menyusu @ www.bajuibu.com . Potongan harga yang diberikan pasti memukau (^_~) .  Potongan harga serendah 20 % hingga 50%  ( hush..berpeluh mummy shu tau masa nak tekan harga ni ) .


Jualan Penghabisan Stok ini akan berlangsung sehingga stok habis atau koleksi baru kami keluar ( yang mana dahulu ) , makanya jangan lepaskan peluang ye... rata rata harga setengah ratus je ni :) ....

Semua pembelian boleh dibuat secara online di http://www.bajuibu.com atau walk in ke teratak saya di Puncak Jalil... sesiapa nak datang boleh roger roger ( whatsapp/sms/call ) saya dulu di talian 016 274 5651


Till Then Mummy  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Thursday, August 9, 2012

HI Mummy yang cantik semua...

Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuh beberapa hari lagi Ramadan yang penuh berkat ni...

Bermula esok hingga Ahad ( 10 - 12 Ogos 2012 ) Swaddle Pod Gugu akan berada di International Baby Expo, IBEX- KLCC. Di Booth yang serba sederhana kami membawakan anda Swaddle Pod Gugu dengan Koleksi Terbaru yang pasti memikat coraknya dan yang pasti bayi anda rasa selamat dan tenang di dalam nya...


Anda juga boleh dapatkan Baju Kurung Menyusu dari Hana's Choice dan Dress Bajuibu. Selain itu anda boleh dapatkan pelbagai Headband yang kiut miut dari Sekocinorlie.blogspot.com di booth kami.. saya takde anak perempuan..kalau tak..huhuhuhu tentu saja saya rembat semuanya..... serius..sangat kiuttttt


Dengan gigihnya esok saya dan Dya ( dengan pastinya saya rasa Dya akan rembat headband tu (~_^) sahaja yang akan mengendalikan jualan... Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan panjangkanlah persahabatan yang akan terjalin sepanjang 3 hari ni.... AMIN..


OK ye Darling semua.. kita jumpa Esok, Lusa dan Tulat ye....

Salam Sayang
-Mummy Shu-



Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Wednesday, August 8, 2012

Assalamualaikum...

Saya ingin kongsikan sedikit kebaikkan yang boleh kita turut serta. Membacanya sahaja sudah mampu buat saya meleleh airmata.. Mummy ni touching tau...huhuhuhuhuhu

Ada sedikit bagilah sedikit..ada banyak...BAGILAH BANYAK BANYAK.... tak kan kita je yang nak gumbira berbaju baru di AIDILFITRI ni kan.. kalau kita dah derma kat tempat lain dan ada banyak lagi lebih dalam akaun bank tu.. apa salahnya BAGILAH SIKIT LAGI kat mereka ini...insyallah tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.....

Maklumat lanjut ke http;//sehelaibaju.com

Ingat ye...sedekah..sedekah...sedekah..semampunya

Till Then   ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~