Tuesday, February 21, 2012







Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Monday, February 20, 2012

Hallu Mummy semua...

Mini Dress TMN kembali lagi... ingat tak dengan Mini Dress yang Gorgeous ni...

Mini Dress TMN Purple (Bamboo)

Mini Dress TMN Navy ( Bamboo)

Untuk pembukaan tahun ni.. Bajuibu tampilkan 2 warna yang memang menawan kalbu kuuuu... sangat likeeee warna ni dan fabrik ni.. Mini Dress TMN ni memang labuh sehingga bawah lutut.. sangat anggun digayakan dengan Palazo atau kain... ditambah dengan tali dilengan memberi kesan manis pada si pemakai... ( waduhhh dah gaya tulisan wartawan hahahaha )... pendek cerita baju ni memang superb !! . Harga Mini Dress TMN hanya RM 76.00

Mummy semua boleh dapatkan secara online di www.bajuibu.com atau datang terus ke booth Bajuibu 062A , Hall 4 ,KLCC dari 24 - 26 Februari 2012 ni sempena Motherhood Expo.




Till then ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~
Hi mummy yang gorgeous !!

Harinya hampir tiba untuk berbooth sekali lagi.. kali ni di 062A  Hall 4, Kuala Lumpur Convention Centre sempena Motherhood Expo 2012.. Kali ni pun saya tak berjaya untuk mengemas semua barang lebih awal... mana tak nya.. saya demam sampai ke hari ni masih pening pening lalat...aduhhhhh... partner saya Ammie Dya pulak tengah mabuk + Pening etc etc  ( cabaran nak dapat orang baru hihihihi...)


APa yang istimewa di booth kali ni...Kalau di booth bajuibu tentu sahaja ada sale menarik hihihihihi... juga tak ketinggalan Produk dan Label  kami yang terbaru iaitu Swaddle Pod by  Gugu.... Nanti saya update apa promosi yang nak saya buat di Booth bajuibu ya...

Juga bi Booth Bajuibu kali ini...anda berpeluang untuk mendapat konsultasi percuma dan harga promosi untuk Korset Penjagaan Badan / Kesihatan yang terkenal iaitu Premium Beautiful...ditambah lagi dengan setiap pembelian anda akan menerima Baucer Bajuibu :)

Ralat : Hall 4....bukan Hall 24 ye :)


Ingat tau mummy semua..singgah booth kami .... betul betul sebelah Booth Drypers...lepas beli pampers..jangan lupa singgah Booth Bajuibu.

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Wednesday, February 15, 2012

Hi Mummy semua....

Dengan berbesar hati saya perkenalkan satu lagi produk baru yang kami anggap seperti bayi kami iaitu SWADDLE POD atau BEDUNG MODEN jenama GUGU. Memang menjadi amalan kita untuk membedung bayi terutama 3 bulan pertama. Dengan keadaan cuaca di Malaysia ni kami rasakan amatlah tidak sesuai membedung bayi dengan kain yang berlapik lapik....panassssssss ... dengan pemerhatian inilah kami berusaha untuk mencari solusi terbaik dari model sedia ada buat bayi.


Swaddle Pod - Soft Pink


Umum telah mengetahui yang amalan membedung dapat membuatkan bayi terasa lebih selesa seperti keadaannya di dalam rahim / dipeluk .Swaddle Pod juga dapat mengurangkan reflek terkejut bayi. Pemilihan jenis fabrik yag teliti dan telah dicuba pakai berulang kali membuat Swaddle Pod kami sangat selesa dan sesuai dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia.  Fabrik yang boleh mengembang mengikut saiz bayi membuat Swaddle Pod kami sesuai diguna untuk bayi baru lahir sehingga 3 bulan atau ~ 6.5kg .

Baby Zura - 5.4 kg

Baby Hanani - 3.4kg

Untuk Batch Pertama ini , kami ada 7 warna yang sangat comel...Mummy semua boleh dapatkan di Motherhood Expo 2012 pada 24 - 26 Februari nanti di KLCC, Booth A062 di Hall 4 ..bersebelahan booth drypers. Kesemua Swaddle Pod akan dipacking dalam kotak yang sangat comel...

Pemakaian Swaddle Pod semudah ABC . Bukakan zip, masukkan bayi dan terus zip. ZIP? Jangan risau..tiada bahagian zip yang dapat menyentuh kulit bayi anda yang sangat mulus.Kami telah pastikan bahagian bawah zip dan kelapa zip mempunyai lapik agar kulit bayi yang sensetif tidak akan bersentuhan dengan zip..juga potongan leher yang luas memastikan bayi selesa. 





 Kesemua koleksi Swaddle Pod GUGU boleh dibeli secara online bermula 27hb Februari dan secara Offline pada 24 Februari. Untuk Jualan Borong boleh hubungi Daddy Azwar atau Ammie Dya.




Till then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~

Wednesday, February 8, 2012

Hallu mummy semua...


Nursing Cardigan yang diminati ramai telah kembali...boring dengan ruffle di lengan...hehehehe..kini saya tampilkan pula Nursing Cardigan Type 2.... still juga tu ada rambu ramba :). Kali ni Julia ada  2 warna iaitu Hitam dan Coklat... dulu ramai sangat yang minta untuk warna gelap gelap... nampak effect kurus katanya...

Julia Black

Julia Brown
Warna Elegant Black dan Brown sengaja saya padankan dengan inner dalam yang berjalur untuk beri kesan santai atau kasual. Bahagian depan cardigan boleh digunakan untuk menutup kepala bayi yang mana saya pasti dapat meningkatkan keyakinan terutama pada ibu ibu yang pertama kali ingin NIP ( nursing in Public )

Pada yang tak suka beli online boleh datang ke 'Home Boutique' kami di Puncak Jalil, Seri Kembangan atau ke booth kami sempena Motherhood Expo di KLCC pada 24 - 26 Februari 2012. Booth kami sebelah booth Drypers..

Bukaan menyusu tanpa Zip

Bukaan menyusu tanpa Zip
Ukuran
S - Dada 36 , labuh tangan 21 , labuh baju 37
M - Dada 38 , labuh tangan 21 , labuh baju 37
L - Dada 40 , labuh tangan 21 , labuh baju 37

XL - Dada 42 , labuh tangan 21 , labuh baju 37

Yang pasti design Julia akan menutup bahagian punggung anda.
Beli Online di http://www.bajuibu.com
Fan Page FB di http://facebook.com/bajuibu


Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~