Monday, March 28, 2011

ALhamdulillah.... Syukur sesangat... berjaya juga saya membawa koleksi baju menyusu ~~IBU~~ ber booth di Plaza Alam Central. Mula mula berat juga hati nak ber booth.. dah la saya sorang sorang di booth..lagi terkenangkan Daddy Azwar ( hubby tersayang ) yang tengah mengasuh anak anak di rumah.... hai.. macamana la keadaaan nya... dan memang seperti dijangka baby Rayyan meragam sikit.. asyik nak di dukung je...tapi apa apa pun kene bagi credit kat my dear Hubby seba dia pun berjaya melalui 2 hari penuh mengasuh anak anak hehehe.. begitu menguji kesabaran katanya...

Berbalik cerita di booth..Gembira dapat jumpa fan Facebook Bajuibu  secara live.....juga kenalan kenalan baru yang sudi meluangkan masa menjenguk koleksi kami.

Begini la rupanya booth kami

Antara Koleksi Kami

Antara Koleksi Baju Menyusu @Bajuibu.com

Booth di Plaza Alam Central ni dianjurkan oleh Huiyoo Bazaar. Setalah berhempas pulas menyusun, begini lah jadinya susunan koleksi baju menyusu Ibu..sekejap melintang..sekejap menegak saya susun rak tu disebabkan ruang agak terhad. Tak dapat saya ambil banyak gambar dengan semua pelanggan  yang datang.. dah la saya sesorang yang jaga.. nak mintak tolong rakan booth disebelah..masa ada pelanggan bajuibu datang..mereka pun sibuk melayan pelanggan... :) anyway kalian tetap dihati... terima kasih juga buat pelanggan yang sanggup datang dari Rawang, Kajang, Kepong dan juga kawasan sekitar Shah Alam.. Untuk yang tidak dapat melihat koleksi kami secara live, Insyallah ada kesempatan saya akan bawak koleksi Baju Menyusu ~~IBU~~ ke tempat anda pula....

Terima kasih juga diatas pandangan dan idea yang dikongsi untuk kami perbaiki koleksi baju menyusu ~~IBU~~ . 

Terima kasih dear...

Tq Dear Amiza...return online customer..cute baby dia ( terus rindu kat Rayyan masa ni )

Till Then ... HAPPY BREASTFEEDING ......
Reactions:

Tagged: ,

2 comments:

  1. semangat awak walaupun sorang jaga booth ye..


    http://www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete