Wednesday, October 26, 2011

Hi mummy semua...

" Sayang...sayang SAAAAYANG  Sayang...Sayang SAAYANG sayang ? " ... pernah dengar tak kata kata ni ? glamer ni waktu bercinta muda muda dulu hihihihi..zaman cinta monyet terutamanya.. asyik nak bersayang sayang je.. hahahaha.. ramai lagi tak yang masih bersayang sayang sekarang ni... mudah mudahan kita terus bersayang sayang ye :)

Kalau tanya saya :-

Saya SAAAYANG suami saya !
Saya SAAAYANG anak anak saya !
Saya SAAAYANG mak ayah saya !
Saya SAAAYANG adik beradik saya !
Saya SAAAYANG ahli keluarga saya yg lain !
Saya SAAAYANG kawan kawan saya !
Saya SAAAYANG perniagaan saya !
Saya SAAAYANG reseller saya !
Saya SAAAYANG customer saya !
Saya SAAAYANG semua di sekeliling saya !

Ramai yang kita sayang... ramai juga yang akan sayang kita...itu pegangan saya...bila ada yang tak sayang kita...jauh di sudut hati..kita tetap sayang dia..insyallah satu hari nanti dia aaaaaaakan sayang kita :)

Baru baru ni pulak..saya jatuh hati pada frasa ini.. mendalam maksudnya pada saya

" In this life, We cannot do great things. We can only do small things with great love "

ok mummy semua... ingattttttt..... teruskan sayang semua

Till then ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~ 

 

Monday, October 17, 2011

Hallu mummy yang gorgeous !!!!  semoga hari anda semua terus ceria :)

So hari ni saya nak memperkenalkan salah satu design kami yang terbaru iaitu Hoodie Menyusu - Type 1. Untuk permulaan kami buat saiz S je dulu untuk dapatkan feedback dari semua.


Hoodie menyusu Purple

Hoodie menyusu Turqoise

Hoodie menyusu Pink
Untuk type 1 ni, cutting baju lurus dan alunan hoodie bertingkat tingkat dari dada. ada buat sehelai yang saiz besar sikit.. huhuhuhu tapi macam tak cun pulak terutama yang jenis ada perut macam saya ni ( adeh....harus bersauna lagi ni )..

So setelah dipikir pikir dan ditimbang timbang maka saya akan produce semua saiz untuk baju menyusu Hoodie Type 2 seperti berikut :-
Hoodie menyusu Shocking Pink - Type 2

Bezanya type 2 cara cutting baju dan juga hoodienya ( poning tailor acik dengan pesen perempuan ni ) hahaha.. anyway rasanya type ni lebih sesuai untuk semua jenis badan...so nantikan ye warna shocking pink ini dan stripe stripe *wink*
Stripe Hoodie menyusu
 so tunggu ye

TILL THEN   ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Monday, October 3, 2011

Hi mummy semua...

Huhs dah sebulan rupanya saya tak update blog ni..huhuhuhu..sungguh bz lately.. dan dalam sebulan ini juga banyak benda dah berlaku.. antaranya ialah kami ke Moms & Baby Expo di Danga City Mall, JB pada 23 - 25 September 2011 yang lepas.

Sangat bertuah dan gembira dapat bertemu dengan mummy mummy disana.. kali ini team bajuibu bekerjasama dengan Dunia Susu Ibu , Moms Little Ones dan Lovely World .

Ada juga peristiwa sadis berlaku di JB..dimana saya dan hubby keracunan Makanan..huhuhu sangat 'pale' la muka mummy shu melayan customer bajuibu...ampun yaaaa ( daku menahan sakit perut ya amat )...Selain dari itu... semuanya happy happy sahaja di JB... Terima kasih bebanyak kepada semua team yang menjayakan booth 156 !!!!

Unpack...unpack

Mummy Shu dan Ummi Mar

Team yang ceria

Koleksi yg ada ketika kejadian

mummy shu dok promote Nursing Poncho Black n green Viscouse Lycra


Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Thursday, September 8, 2011

Hi dear..

Kami dengan berbesar hati memenuhi permintaan para pelanggan bajuibu.com sejak sekian lama... seperti yang dijanjikan September ini saya membuka ruang untuk tempahan baju kurung traditional menyusu dan baju kurung riau/pahang menyusu.

SETIAP TEMPAHAN AKAN DAPAT SURPRISE GIFT DARI Bajuibu.com ( selagi stok masih ada )

Untuk makluman semua, saya memang dibebani dengan banyak masalah terutama dari segi 'workmanship' untuk batch ready made sebelum ini.. namun saya amat menghargai sokongan dan feedback dari semua pelanggan kami.. insyallah batch 'custom made' dan batch ready made selepas ini akan lebih baik dari segala segi :)..memang niat saya untuk memberikan yang terbaik untuk semua...

Seterusnya adalah tatacara order untuk baju kurung 'custom made' September 2011..

KAIN
1. Kami hanya menerima kain daripada pelanggan
2. Menerima semua jenis kain
3. Sila hubungi kami di chanel berikut untuk mendapat alamat pengeposan kain. Kos pos ditanggung pelanggan
- Tel / SMS - 016 274 5651
- Email - sales@bajuibu.com
- YM - bajuibu_noor@yahoo.com

- Blackberry - 269 abe 6 b

4. Untuk kain dengan lebar 45 inci ...sebanyak 4.5 meter diperlukan...
5. Untuk kain dengan lebar 60 inci...sebanyak 4 meter kain diperlukan

HARGA
1. Kurung menyusu Traditional
- Kain Cotton - RM 55
- Kain crepe , satin , sutera dan sewaktu denganya - RM 60
- Untuk kain yang perlukan lining harga adalah 2 kali ganda daripada yang dinyatakan.

2. Kurung Menyusu Riau/Pahang
- Kain Cotton - RM 60
- Kain crepe , satin , sutera dan sewaktu denganya - RM 65
- Untuk kain yang perlukan lining harga adalah 2 kali ganda daripada yang dinyatakan.


JANGKAMASA SIAP
1. 2 minggu ( para pelanggan akan dimaklumkan jika baju dapat disiapkan lebih awal )

UKURAN
1. Kami amat gembira jika para pelanggan dapat memberikan sample baju berbanding detail ukuran
2. Di bawah ialah detail ukuran yang diperlukan oleh kami dalam inci
- Bahu
- Dada
- Pinggang
- Punggung
- Panjang Tangan
- Labuh Baju
- Labuh Kain
- Ukur lilit ketiak ( optional ) , jika anda mempunyai lengan yg agak berisi better bagi ukuran lilit ketiak ye

3. Ukuran panjang bukaan leher ialah 9.5 inci...sila nyatakan jika anda ingin lebih pendek atau lebih labuh ye...



Till then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~
Assalamualaikum...

Berminggu minggu saya tak update blog...masih belum terlambat rasanya untuk saya ucap SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...maaf sekali lagi jika saya ada tersalah cakap dan perilaku sepenjang kita berurusan , saya amat menghargai pandangan anda dan semoga saya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang...insyallah..

Peace no war ye :)

Doa saya semoga kita semua sentiasa diberikan kecerian dan sentiasa berkasih sayang.

Till then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Thursday, August 18, 2011

Hi all,

Semalam tersentuh betul hati saya baca berita di Akhbar Utusan..kisah Keluarga yang dikurniakan kembar 3 baru baru ini. Kalau tak silap saya juga ada baca kisah mereka ketika baru dilahirkan..bagaimana kedua ibu bapanya kembar ini risau untuk menjaga mereka berikutan ketidakmampuan mereka dari segi kewangan.

Mansor ( ayah ) , Adam Haikal , Nurul Fasihah, Nurul Farishah, dan Nurul Farisha dan ibu Yusniza

Dengan usaha dari ibu ibu di KIM (FB).. mereka dapat menghubungi wartawan dan berjaya mendapatkan no telefon Mansor dan no akaun Bank islam Yusniza.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian ke akaun berikut

YUSNIZA YUSOF  -   BANK ISLAM 0204 8020 5112 12
Tel : 0134214573 - mansor
 Alamat :
 mansor bin ibrahim.
 jalan telekom kuban rusa,
 kampung lalang,muki siong,
 09100 baling,kedah.
Pasangan ini masih menunggu jawapan dari pihak JKM untuk mendapatkan sedikit bantuan. Untuk Makluman pasangan ini memerlukan 15 lampin sehari dan kira kira 1.8 kg susu tepung seminggu. Dengan pendapatan Mansor sebanyak RM 400 sebulan sudah tentu tidak mampu untuk menyara mereka berlima.. kesusahan hidup mereka membuat saya tidak boleh tidur malam mengenangkan nasib anak anak kecil ini.. tak sabar rasanya nak memberitahu semua untuk menghulurkan bantuan.


Dengarnya juga ibu ibu geng kembar dan ibu ibu di KIM berkobar kobar untuk membantu pasangan ini...sangat terharu dengan semangat setiakawan dan persaudaraan  yang terjalin antara kumpulan ini. Keep it up mummy !!!!


Saya berharap jangan pula ada persoalkan " kenapa tak beri susu ibu..kan jimat " .. satu kita harus faham..bila dalam situasi begini ada banyak kemungkinan dan salah satunya adalah faktor stress ...Stress dengan kewangan..stress + bimbang dengan nasib anak dan macam macam lagi... bila badan dan otak stress bukan kah production susu akan berkurang.. iya kan.. kita kalau banyak kerja dan gaji beribu ini pun stress..inikan pula keluarga yang makan minumnya entahkan cukup atau tidak...Jauh di sudut hati ibu mana yang tidak mau menyusukan bayi mereka...betul tak ?


Jika ada ibu ibu yang menyokong penyusuan ibu dan tinggal berdekatan Baling..bolehlah pergi melawat pasangan ini..berilah sokongan kepada mereka...berilah pengetahuan kepada Yusniza mengenai penyusuan susu ibu...dan kongsilah pengalaman anda dengan Yusniza...insyallah bolehlah Yusniza memberikan yang terbaik buat kembar mereka....insyallah


Pada pendapat saya sememangnya dalam keadaan keluarga ini..menyerahkan kembar mereka ke bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jalan terbaik sekurang kurangnya sehingga mereka dapat memperbaiki / menstabilkan kehidupan mereka. Namun jika ada bantuan dari kita..mungkin mereka tidak perlu menghantar kembar mereka berjauhan dibawah jagaan JKM kan ... Kita bantulah mereka semampunya..reserve lah sikit duit raya tahun ini dan berikan kepada mereka...


Semoga anak anak ini menjadi anak anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya...insyallah

Semoga Ramadhan yang mulia ini membawa keberkatan dan sinar baru dalam kehidupan Pasangan Mansor dan Yusniza...insyallah


Sayang anak anak mummy -ADAM + RAYYAN

Kata  Adam : I'm Little khalifah of Allah !!!




Till Then  ~~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~~




Wednesday, August 17, 2011

Hi mummy semua..

Semoga Ramadhan ini dapat dilalui dengan mudah dan dikurniakan susu yang mencukupi buat si kecil..

Lagi 2 minggu nak Raya..alhamdullillah dapat juga siap beberapa warna lagi sebagai tambahan kepada koleksi sedia ada.

Namun demikian jangan lupa ye pengeposan terakhir pada 23hb Ogos 2011.Pengeposan selepas itu , barang hanya akan diterima selepas hari raya nanti .

Koleksi Lengkap boleh dilihat dan dibeli di http://www.bajuibu.com

Julia Green - beli disini

Julia Blue - beli disini
Carry Terracota - beli disini

Dress AMI purple - beli disini

Till Then      ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~