Thursday, August 18, 2011

Hi all,

Semalam tersentuh betul hati saya baca berita di Akhbar Utusan..kisah Keluarga yang dikurniakan kembar 3 baru baru ini. Kalau tak silap saya juga ada baca kisah mereka ketika baru dilahirkan..bagaimana kedua ibu bapanya kembar ini risau untuk menjaga mereka berikutan ketidakmampuan mereka dari segi kewangan.

Mansor ( ayah ) , Adam Haikal , Nurul Fasihah, Nurul Farishah, dan Nurul Farisha dan ibu Yusniza

Dengan usaha dari ibu ibu di KIM (FB).. mereka dapat menghubungi wartawan dan berjaya mendapatkan no telefon Mansor dan no akaun Bank islam Yusniza.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian ke akaun berikut

YUSNIZA YUSOF  -   BANK ISLAM 0204 8020 5112 12
Tel : 0134214573 - mansor
 Alamat :
 mansor bin ibrahim.
 jalan telekom kuban rusa,
 kampung lalang,muki siong,
 09100 baling,kedah.
Pasangan ini masih menunggu jawapan dari pihak JKM untuk mendapatkan sedikit bantuan. Untuk Makluman pasangan ini memerlukan 15 lampin sehari dan kira kira 1.8 kg susu tepung seminggu. Dengan pendapatan Mansor sebanyak RM 400 sebulan sudah tentu tidak mampu untuk menyara mereka berlima.. kesusahan hidup mereka membuat saya tidak boleh tidur malam mengenangkan nasib anak anak kecil ini.. tak sabar rasanya nak memberitahu semua untuk menghulurkan bantuan.


Dengarnya juga ibu ibu geng kembar dan ibu ibu di KIM berkobar kobar untuk membantu pasangan ini...sangat terharu dengan semangat setiakawan dan persaudaraan  yang terjalin antara kumpulan ini. Keep it up mummy !!!!


Saya berharap jangan pula ada persoalkan " kenapa tak beri susu ibu..kan jimat " .. satu kita harus faham..bila dalam situasi begini ada banyak kemungkinan dan salah satunya adalah faktor stress ...Stress dengan kewangan..stress + bimbang dengan nasib anak dan macam macam lagi... bila badan dan otak stress bukan kah production susu akan berkurang.. iya kan.. kita kalau banyak kerja dan gaji beribu ini pun stress..inikan pula keluarga yang makan minumnya entahkan cukup atau tidak...Jauh di sudut hati ibu mana yang tidak mau menyusukan bayi mereka...betul tak ?


Jika ada ibu ibu yang menyokong penyusuan ibu dan tinggal berdekatan Baling..bolehlah pergi melawat pasangan ini..berilah sokongan kepada mereka...berilah pengetahuan kepada Yusniza mengenai penyusuan susu ibu...dan kongsilah pengalaman anda dengan Yusniza...insyallah bolehlah Yusniza memberikan yang terbaik buat kembar mereka....insyallah


Pada pendapat saya sememangnya dalam keadaan keluarga ini..menyerahkan kembar mereka ke bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jalan terbaik sekurang kurangnya sehingga mereka dapat memperbaiki / menstabilkan kehidupan mereka. Namun jika ada bantuan dari kita..mungkin mereka tidak perlu menghantar kembar mereka berjauhan dibawah jagaan JKM kan ... Kita bantulah mereka semampunya..reserve lah sikit duit raya tahun ini dan berikan kepada mereka...


Semoga anak anak ini menjadi anak anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya...insyallah

Semoga Ramadhan yang mulia ini membawa keberkatan dan sinar baru dalam kehidupan Pasangan Mansor dan Yusniza...insyallah


Sayang anak anak mummy -ADAM + RAYYAN

Kata  Adam : I'm Little khalifah of Allah !!!




Till Then  ~~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~~




Reactions:

Tagged:

0 comments:

Post a Comment