Thursday, June 16, 2011


Hi all,

Aduh tertangguh tangguh mummy nak buat entry pasal Rayyan ni. Birthday Rayyan jatuh pada 16 Jun 2010. Alkisahnya setahun lepas...Daddy Azwar berangan angan nak anak kedua ni sama Birthday dengan dia pada 26 JUN 2011.. ni semua kes  sebab Abang Adam lahir pada hari yang sama dengan Mummy..... :)

EDD Rayyan sepatutnya pada 19 Jun.. tu mummy kata dengan Daddy Azwar... biasa kita boleh cepatkan..mana boleh lambat lambatkan masa nak lahir...heheheh.. Mummy ambil cuti awal dan lepak lepak rumah mak mertua sebab senang nak pi hospital kat seremban.. Sebelum tu dah sound kat Dr Intan di Columbia Seremban..kalau ada bilik kosong, janga lupa call..saya ok je nak bersalin awal..hehehe...

Hari 16 hb Jun, daddy azwar pi pasang wallpaper rumah customer di Seremban 3..ring ring Dr Intan telefon kata ada bilik single kosong hari ni... awak bolehlah datang sekarang..kita induce dulu... saya pun  siap siap.. salam salam mak, kakak kakak semua...ok..orang nak pi bersalin ni..jumpa esok... diaorg siap cakap..ko ni macam nak pi shopping je :)

Sampai hospital, terus induce...pastu nak tgk contraction... Sekali Dr Intan sampai.. dengan muka berkerut... Dr Intan :" Shuhadah..awak tak rasa sakit ke "?
Mummy : takde pulak...biasa biasa je
Dr Intan : Awak dah ada contraction ni..sekerap 3 kali setiap 10 minit...
Mummy : Haaaa...apsal tak rasa
Dr Intan : Takpe..kita tengok dah buka berapa cm, ermmm...shuhadah.... saya dah boleh rasa rambut baby
Mummy : Haaaa...baby dah nak keluar ke Dr...adeh...
Dr Intan : Air ketuban dah pecah...kepala baby block pintu..so air kat atas
Mummy : "Berbekalkan sedikit pengetahuan..mummy cuba berlagak cool"..dalam hati dup dap jugak
Dr Intan : Ok..now saya tolak kepala baby supaya air ketuban boleh keluar... nasib /rezeki awak ada bilik kosong hari ni..awak memang kene bersalin dah hari ni

Hush..bayangkan kalau take bilik kosong hari tu..dan saya tak sakit... tak tau berapa lama air ketuban dah pecah.. Dr siang siang dah inform saya risiko yang Baby Rayyan akan tempuhi...Deman seawal hari pertama yang disebabkan oleh jangkitan kuman ( berapa teruk bergantung air ketuban tu dah pecah berapa lama ). Saya hanya boleh bersedia dan berdoa supaya semuanya dipermudahkan.

Petang< lepas Daddy Azwar siap pasang wallpaper, Daddy bawak Abang Adam dan Mak saya datang hospital..diaorg pun berkampung la di bilik kami.. Dalam jam 8 malam..lahirlah baby Rayyan...kuat betul suara dia nangis

Hari kedua Rayyan deman..dan bermula la episod kene tahan wad..selama seminggu..Masuk antibiotik...dengan mummy sekali berpantang di hospital... Tahnik dan cukur rambut hari ketujuh juga kami buat di wad hospital... alhamdullillah Rayyan recover sepenuhnya pada hari ke 9.

Tu kisah Rayyan nak keluar dari perut Mummy setahun lepas.. now ni Rayyan dah setahun...

Fresh baru bangun tidur...senyum..

kami juga nyanyikan Rayyan Lagu birthday....walaupun dalam ni dengar suara mummy je.huhuhu..
video


Then Petang lepas Mummy balik kerje..kami semua pergi Jusco Equine bawak Rayyan dan Abang Adam main kat Playground Jusco... Birthday Party Rayyan nanti kita buat hari Ahad ni ye...



Dalam setahun ni...Rayyan dah pandai sebut mama, Abang , Daddy ( sebutan dad de )..dah nak pandai berjalan..dah tau merajuk..suka dengar lagu...selalu senyum..suka possing depan kamera... suka makan..dan suka berenang...pada dia Abang Adam lah orang paling kelawar dalam dunia...... hai anak anak mummy

Semoga Rayyan terus menjadi anak yang soleh , disenangi dan kasih kepada keluarga , Insyallah..

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~
Reactions:

1 comment:

  1. org paling kelawar? hahaha..kelakar kottt! keh3...geram hokey xdpt pi bday bash rayyan..next yr, repeat k..keh3...

    ReplyDelete