Tuesday, June 21, 2011

Hi all,

Double celebration untuk kami sekeluarga....Sangat seronok tengok semua seronok :) HAri Ahad 19 Jun 2011, mummy dengan Daddy hadiahkan Rayyan 1st Birthday Party di Swimming Pool Kelab Komuniti Cyberjaya... dan secara suprise nya sambutan HAri Bapa.

Kek yg sedap dari Kedai Bonda , Macaron sedap dari BazliQalesya homemade

 Sampai je kat swimming pool... anak anak semua tak dapat tahan... semua dah tak sabar nak terjun kolam.. so tanpa berlengah.. tukar baju..dan terrrrjun...memang saya nak diaorg mandi dulu, then baru potong kek....Abang Adam jadi ketua di kolam..melayan sepupu sepapat dan kawan kawan dia...

Abang Adam siap dengan goggle

Rayyan pun tak boleh tahan... nak masuk jugak dalam air...Birthday Boy kan..layan je la

Dah puas first round berendam... time potong kek pulak.....kita Nyanyi lagu "Happy birthday to you..Happy birthday to you... Happpppy Birthday to Rayyan....Happppy Birtttttthday to youuuuuuuu " puh puh mummy cuba untuk tiup lilin....



Siap je potong kek.. anak anak apa lagi...makan kek sorang sepinggan dulu..lepas tu terjun lagi dalam kolam....seronok betul tengok diaorg ni... ibu ibu dan bapa bapa..pun sambung makan kat luar kolam...

Kakak kakak Sepupu Rayyan..yg tengah tu tokey shawl vougue


Atuk, Nenek, Moyang Adam dan Rayyan

Bila semua dah kenyang..dan  dah makan menu minum petang yang utama... majlis diteruskan dengan Suprise Hari Bapa... Rupa rupanya ramai yang tak ingat Hari Ahad tu Hari Bapa... :) Mummy Shu hidangkan Macaron Special  BazliQalesya Homemade untuk bapa Bapa...Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kerana bapa bapa semua sentiasa berada di belakang dan sentiasa menyokong kami...... syahdu jugalah ayah saya masa tu hhihihihihihi... then semua ibu ibu ni pi suapkan bapa bapa tersayang dengan Macaron...pemanis mulut..semanis kasih kami.... :)

Terima kasih Ayah....
Tanpa Atuk siapalah kami....


Wow..daddy..marah ke terkejut dengan rasa.... hahaha

Semoga kasih sayang terus berkekalan

Add caption
Sementara kami suap menyuap...anak nak masih tertawa kegembiraan di Swimming Pool...:) Terima kasih banyak banyak kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.... kepada yang tak dapat hadir...takpe nanti ada rezeki kita buat lagi kat swimming pool...




Lebih banyak gambar klik sini . Tetamu yang terakhir balik pada jam 7.30 malam... Kami sekeluarga singgah makan Mc Donald di Equine Park...Sampai rumah bateri badan mcam dah nak weak hahahhaa.. walau apa pun kami tetap enjoy dan tersenyum puas bila tengok semua happy !!!! dalam hati ada juga terdetik... kalau ada rezeki suatu hari nanti teringin nak buat gathering dengan Fan Bajuibu dekat swimming Pool... mesti happening kan !!!!

Buat anak Mummy Rayyan dan Abang Adam.....

Doa Mummy sentiasa mengiringi kalian dalam setiap Solat Mummy... Jadilah anak yang taat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara... sentiasalah berbakti...jadilah matang seiring umurmu....

Ya Allah,
Pelihara kan lah Anak Anakku
Jadikan lah mereka sihat tubuh badan
Cerdik akal fikiran
Dan disenangi ramai

Amin......

Birthday Boy ni...masih belum habis baterinya..huhuhuhuhu...TERIMA KASIH SEMUA !!!!!!

TILL THEN          ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment