Friday, May 31, 2013

Anak anak semua ikut Pak Ngah ke Janda Baik.. Maka saya punya masa bertenang untuk menulis hari ni ..hihihi

Al kisah kejadian berlaku minggu lepas sehari sebelum Cuti Hari Wesak. Saya ke supplier untuk memesan karpet untuk kedai a.k.a opis Gugu. Pada mulanya saya dah order karpet untuk bahagian belakang kedai dan bergerak menuju ke supplier yang lain untuk order lantai kayu bahagian depan. Bukan rezeki kami lantai yang kami minta tiada dalam stok , justeru saya decide untuk meletakkan karpet juga dibahagian hadapan kedai.


Terkejutnya saya bila sampai, lori supplier sudah bergerak ke kedai untuk menghantar karpet yang saya order pada awalnya..huhuu tak sampai 1 jam. Ini membuatkan saya terpaksa membayar 2 kali ganda untuk kos pengangkutan / pengahantaran. Mulut kata OK la... tapi dalam kepala memikir bagaimana saya cover kos ini.. ( dah jadi kebiasaan untuk jadi kedekut sikit dalam berurusan hihihi ). Maka saya buat order untuk kali kedua untuk karpet dan supplier berjanji untuk hantar dalam masa 2 jam.

Bila karpet yang kedua sampai saya masih belum sampai ke kedai. Adik adik saya yang menerima penghantaran tersebut . Bila saya sampai mereka menceritakan al Kisah Kegembiraan Driver Lori yang sangat gembira kerana dapat buat pengahantaran 2 kali ke tempat yang sama hari ini. Rupa rupanya sangat susah kebelakangan ini nak dapat JOB. Yang buat saya tersenyum , katanya "esok dapat happy sikit oo sambut Wesak, balik boleh beli Udang" . Apa yang disampaikan oleh Adik kepada saya betul betul buat saya tersenyum dan terus melupakan niat saya yg sedikit terkilan bayar 2 kali kos pengankutan.

Terus saya teringat kata kata seorang sahabat yang 'Aturan Allah Sangat Cantik' .. ya mungkin inilah hikmahnya saya membayar 2 kali kos pengankutan kepada driver lori tu. Rezeki yang Allah bagi pada saya , dapat saya syer dengan orang lain walau berlainan agama dan dapat menambah kegembiraan untuk driver lori sekeluarga. Sungguh saya happy dan menari dalam hati.

Ya allah teruskan lah limpahi kami dengan rezeki mu...

psstt.. siapa nak pasang karpet, lantai vinyl atau kayu atau wallpaper boleh roger roger saya nanti..

Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


0 comments:

Post a Comment