Wednesday, September 11, 2013

Assalamualaikum ,

Lama tidak menulis , rindu hendak menulis sama rindunya nak berjumpa dengan ramai orang. Keadaan semakin stabil bilamana baby Auni Sofia dan saya mula dapat mengikut rentak. Setiap hari Sofia dibawa ke kedai bersama saya , bukan tidak mahu dihantar ke taska, cuma teringin sangat menyusukan si kecil ini secara exclusive direct breasfeeding selama mungkin :) . Ahlamdullillah si kecil ini mula selesa dengan keadaan di kedai dan biasa dengan kehadiran orang asing setiap hari.

Ini membolehkan saya meneruskan aktiviti berbooth seperti biasa. Terdekat ialah Mother Baby and Kids Expo yang akan berlangsung di PWTC bermula SABTU - ISNIN ( 14 - 16 SEPT ) ini. Ianya hari SABTU tau ! Jangan lupa ada yang datang seperti biasa pada hari Jumaat ya.

Ini expo pertama saya selepas berpantang Jun lalu , Selepas PWTC kami akan terbang ke Sabah kemudian ke KLCC sebelum ke Midvalley sebagai penutup tirai tahun ini. Nantikan kami ye ibu ibu  ! Swaddle pod hadir dengan pelbagai warna baru yang menawan juga dengan produk lain dari Gugu dan juga Bajuibu.

Saya dan Sofia pada umur 3 bulan

Upss, gambar diatas tiada kena mengena , ia hanya saya dan sofia . Jumpa kami nanti ya !


Till THen ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~


Reactions:

0 comments:

Post a Comment