Tuesday, March 22, 2011

Material nya saya dapat sikit je.. alhamdullillah dapat juga saya siapkan inner menyusu full body kaler krim ni.. saya buat saiz XL je ( dada up to 40 inci ) so boleh muat dari saiz M sampai XL... nanti kalau ada kain lebih saya buat semua saiz ye...

Inner kaler krim ni agak limited jumlah nya.. so siapa tak sempat tu.. insyallah saya akan producekan semula nanti ye...

Harga masih RM 29.90

Inner Menyusu warna Krim saiz XL

Sunday, March 20, 2011

Anda dah beli Majalah Pa&Ma April ?

Ada sedikit review mengenaki Koleksi Baju menyusu Ibu di Majalah Pa&Ma April !!! juga ada gambar mummy ( panggilan saya untuk anak anak ) dan baby Rayyan didalamnya..

Review Baju Menyusu Koleksi IBU, Mummy pakai Koleksi AYM dan AMI

Juga nak ucapkan Tahniah kepada pemenang Peraduan Kasih Ibu April 2011 iaitu Puan NORMALAYATI AHMAD dan baby NOOR KAIYYISSAH IZZATTY , Puan  NOLIYATI OSMAN dan baby MUHAMMAD IRFAN KHAIRI,  Puan JULIANA RAJAB dan baby NUR ALYA,  Puan SITI HAMIDAH MOHD SETAPAR dan baby SAFYA AFIFF, Puan NORALIZAH ALIAS dan baby ADAM HAIKAL , Puan NURUL HIDAYAH BINTI ZAKARIA dan baby AHMAD WAFIY HAKIM
Pemenang Kasih Ibu April

Tak lupa juga pembaca bertuah untuk Ruanagn soal jawab Laktasi Puan ROSE DARI KEPALA BATAS, Pulau Pinang

Segmen tajaan Bajuibu.com
Yey... syok hujung minggu ni balik kampung.. paling surprise Mr hubby rupa rupanya belikan saya kain cotton spandex kaler krim.. tapi tak banyak sebab dia takut salah jenis kain. Saya punya la syok sebab betul kain yang dia belikan tu... tapi harga dia mahal sikit dari yang saya jangkakan.... tapi takpe..saya akan kekalkan juga harga Jualan RM 29.90 untuk Koleksi Inner Menyusu ni :)

So apa lagi terus saya hantar kain untuk dipotong dan dijahit. Insyallah semuanya akan siap hari Rabu ni.. kepada peminat peminat Inner menyusu nantikan koleksi kami Hari Rabu atau Khamis ni... yang pasti Kaler Krim... I LIKEEEEEEE



- HAPPY BREASTFEEDING !!!!!-

Tuesday, March 15, 2011

Hari ni siap inner menyusu full body koleksi Cristy. Jika sebelum ini hanya terdapat warna biru dan merah, untuk batch Mac 2011 ini saya buat pula inner menyusu Cristy warna hitam. Saya buat sedikit modifikasi berdasarkan feedback daripada para pelanggan bajuibu.com sebelum ini.

Ciri ciri inner menyusu koleksi Cristy Mac 2011
* Kain cotton spandex yang lebih nipis
* Ukuran baru  bagi saiz M, L dan XL ( koleksi sebelum ini agak besar cutting nya )
* Untuk bahagian leher saya telah rendahkan berbanding koleksi sebelum ini.

Detail saiz adalah seperti berikut
Saiz M
Dada = up to 35 inci
bahu = up to 17.5 inci

Saiz L
Dada= up to 37 inci
Bahu = up to 18.5 inci

Saiz XL
Dada = up to 40 inci
Bahu = up to 20.5 inci

Walaupun harga fabrik semakin naik, saya cuba juga bertahan dengan harga lama iaitu RM 29.90 . Masih segar dari oven..hubungi saya terus untuk booking..

inner menyusu koleksi cristy RM 29.90

Thursday, March 10, 2011

Dapat juga saya tunaikan janji saya untuk buat koleksi baju menyusu yang lebih besar dan longgar. So special untuk batch ini saya buatkan saiz yang longgar dan L, XL dengan cutting yang lebih besar.

Koleksi Mac 2011

Saya dah mula upload koleksi baju menyusu baru ni di Fan Page Facebook ( http://facebook.com/bajuibu ) dan di website http://www.bajuibu.com. Untuk batch bulan ni saya jahit warna baru untuk Koleksi Mai iaitu warna Olive dan Krim. Juga saya perkenalkan baju menyusu Mai Extended - koleksi ni sebenarnya sama seperti Mai berlengan panjang cuma saya serta kan sekali Extender ( inner lengan ), so kita boleh pakai as berlengan panjang dan juga bila kat rumah bolehlah kita cabut innernya ( so jadi lengan pendek ), juga memudahkan kita kalau nak ambil wuduk... hehehehe i Likeeee multifuntional. Mai Extended ni buat masa ni hanya ada kaler Hijau gelap.. insyallah masa akan datang saya buat warna lain plak...

Saiz baju mneyusu koleksi Mai, Mai Extended dan RYK

Kemudian yang seterusnya ialah Baju menyusu Koleksi RYK- koleksi ni mempunya ciri ciri yang hampir serupa dengan Mai. Bukaan menyusu yang sama dengan Mai dibahagian tengah, yang berbeza ialah RYK tiada poket di kiri dan kanan. Juga bahagian atas bahu, lengan dan bawah baju saya bagi sedikit sentuhan (tampalan fabrik kontra ) untuk memberikan daya tarikan.. Koleksi ni saya sempat buat 3 warna iaitu Purple, Grey dan biru Navy.

Koleksi seterusnya ialah baju menyusu koleksi MCK. Koleksi ni terbit kekonon nya saya nak jadi cuteeee ( sumpah mmg tengah perasan hahaha ). Mempunyai ciri ciri korean/jepun. Juga disertakan dengan Extender ( inner lengan ). Mempunyai detail renda di lengan, kolar leher dan bawah baju. Koleksi menyusu MCK ini sesuai dipakai sejak dari kehamilan hingga selepasnya. Fabrik yang sejuk ( nylon spandex ).  Ada 2 size L dan XL.

Saiz baju menyusu koleksi MCK


Koleksi seterusnya ialah baju menyusu Koleksi SYR. Nampak macam dah biasa dengan design macam ni. Bezanya ialah baju menyusu SYR ni ada tali cerut di bawah dada. So boleh dibiarkan longgar atau tarik sedikit untuk mendapatkan kesan kedutan di tepi.. sangat manis..... i likeee. Bukaan menyusu berbentuk V di leher dengan detail yang dijahit kemas dibahagian leher. Didatangkan dengan warna Lime, Oceanus dan Purple. Saiz ada 2 iaitu L dan XL.

Saiz baju menyusu koleksi SYR

Tuesday, March 8, 2011

Alhamdullillah... punya la lama delay.. akhirnya siap jugak Baucer untuk pemenang Ruangan Kasih Ibu Pa&Ma dan juga untuk Ruangan Soal Jawab laktasi Pa&Ma. Semua baucer ni dah pun di pos ke Intan Pa&Ma.


Baucer RM 100 untuk pembelian baju menyusu @ bajuibu.com



Untuk keluaran bulan Mac, dah ada pun penerima Baucer kami untuk ruangan Soal jawab Laktasi bersama  Puan Rita Rahayu Omar kita dari SusuIbu. Tahniah buat Puan Dania Hariza dari Sg Buloh, selangor.
Baucer ni valid untuk 3 bulan tau, dan ingattt kami akan sentiasa update design baru... so claim jangan tak claim..

Till then  ~~~ HAPPY BREASTFEEDING~~~~

Monday, March 7, 2011

Hari ini 8 Mac 2011 adalah HARI WANITA SEDUNIA. Tema untuk tahun ini “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita” .


Saya rasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana dilahirkan sebagai wanita, wanita yang cekal :). Dengan kurniaan tuhan ini saya dapat merasa nikmat berbakti kepada ibu bapa, membahagiakan suami, merasa kesakitan ketika melahirkan anak, berpeluang menyusukan anak anak ( susu ibu adalah makanan terbaik ), mendidik dan menerajui keluarga bersama sama dengan suami. 


Saya percaya tidak kira apa bangsa dan warna kulit sekalipun kita tetap boleh berbangga dilahirkan sebagai wanita. Saya doakan agar wanita wanita di luar sana agar terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi kehidupan. Bagi ibu ibu yang menyusukan bayi, teruskan usaha anda menyusukan bayi kerana itulah makanan terbaik buat bayi anda, makanan  yang baik insyallah boleh membentuk karekter yang baik...

Salam sayang dari saya,