Monday, March 7, 2011

Hari ini 8 Mac 2011 adalah HARI WANITA SEDUNIA. Tema untuk tahun ini “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita” .


Saya rasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana dilahirkan sebagai wanita, wanita yang cekal :). Dengan kurniaan tuhan ini saya dapat merasa nikmat berbakti kepada ibu bapa, membahagiakan suami, merasa kesakitan ketika melahirkan anak, berpeluang menyusukan anak anak ( susu ibu adalah makanan terbaik ), mendidik dan menerajui keluarga bersama sama dengan suami. 


Saya percaya tidak kira apa bangsa dan warna kulit sekalipun kita tetap boleh berbangga dilahirkan sebagai wanita. Saya doakan agar wanita wanita di luar sana agar terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi kehidupan. Bagi ibu ibu yang menyusukan bayi, teruskan usaha anda menyusukan bayi kerana itulah makanan terbaik buat bayi anda, makanan  yang baik insyallah boleh membentuk karekter yang baik...

Salam sayang dari saya, 

Tagged:

0 comments:

Post a Comment