Thursday, March 10, 2011

Dapat juga saya tunaikan janji saya untuk buat koleksi baju menyusu yang lebih besar dan longgar. So special untuk batch ini saya buatkan saiz yang longgar dan L, XL dengan cutting yang lebih besar.

Koleksi Mac 2011

Saya dah mula upload koleksi baju menyusu baru ni di Fan Page Facebook ( http://facebook.com/bajuibu ) dan di website http://www.bajuibu.com. Untuk batch bulan ni saya jahit warna baru untuk Koleksi Mai iaitu warna Olive dan Krim. Juga saya perkenalkan baju menyusu Mai Extended - koleksi ni sebenarnya sama seperti Mai berlengan panjang cuma saya serta kan sekali Extender ( inner lengan ), so kita boleh pakai as berlengan panjang dan juga bila kat rumah bolehlah kita cabut innernya ( so jadi lengan pendek ), juga memudahkan kita kalau nak ambil wuduk... hehehehe i Likeeee multifuntional. Mai Extended ni buat masa ni hanya ada kaler Hijau gelap.. insyallah masa akan datang saya buat warna lain plak...

Saiz baju mneyusu koleksi Mai, Mai Extended dan RYK

Kemudian yang seterusnya ialah Baju menyusu Koleksi RYK- koleksi ni mempunya ciri ciri yang hampir serupa dengan Mai. Bukaan menyusu yang sama dengan Mai dibahagian tengah, yang berbeza ialah RYK tiada poket di kiri dan kanan. Juga bahagian atas bahu, lengan dan bawah baju saya bagi sedikit sentuhan (tampalan fabrik kontra ) untuk memberikan daya tarikan.. Koleksi ni saya sempat buat 3 warna iaitu Purple, Grey dan biru Navy.

Koleksi seterusnya ialah baju menyusu koleksi MCK. Koleksi ni terbit kekonon nya saya nak jadi cuteeee ( sumpah mmg tengah perasan hahaha ). Mempunyai ciri ciri korean/jepun. Juga disertakan dengan Extender ( inner lengan ). Mempunyai detail renda di lengan, kolar leher dan bawah baju. Koleksi menyusu MCK ini sesuai dipakai sejak dari kehamilan hingga selepasnya. Fabrik yang sejuk ( nylon spandex ).  Ada 2 size L dan XL.

Saiz baju menyusu koleksi MCK


Koleksi seterusnya ialah baju menyusu Koleksi SYR. Nampak macam dah biasa dengan design macam ni. Bezanya ialah baju menyusu SYR ni ada tali cerut di bawah dada. So boleh dibiarkan longgar atau tarik sedikit untuk mendapatkan kesan kedutan di tepi.. sangat manis..... i likeee. Bukaan menyusu berbentuk V di leher dengan detail yang dijahit kemas dibahagian leher. Didatangkan dengan warna Lime, Oceanus dan Purple. Saiz ada 2 iaitu L dan XL.

Saiz baju menyusu koleksi SYR

Tagged:

1 comment:

  1. assalamualaikum..sy nak tanya..bju nursing yg sesuai di pakai masa mengadung xde saiz S or M ke?

    ReplyDelete