Friday, January 6, 2012

Hallllllu Mummy Semua..

Semoga semua masih terasa diri CANTIK , GORGEOUS etc.... ( yg penting jiwa mesti rasa macam tu ) :)

So , kali ni kita ada design baju menyusu atau cakap orang putihnya NURSING WEAR .... Carry warna Baby Blue dan Purple... Kata orang baju ni bila pakai boleh nampak kurus sikit.....hihhihi...best juga kalau pakai baju bleh nampak kurus sikit kan :)

Ukuran masih sama seperti dulu :
Saiz S - Dada 36 , Panjang Baju 32
Saiz M - Dada 38, Panjang Baju 32
Saiz L - Dada 40 , Panjang Baju 32
Saiz XL - Dada 43 , Panjang Baju 32

Harga : RM 68

Kalau berminat...tekan keyboard ke www.bajuibu.com ye...



TILL THEN  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Friday, December 2, 2011

Segala Puji dan Syukur Ke Hadrat Ilahi.....


Alhamdullillah Bajuibu.com sudah bersedia untuk masuk ke fasa kedua. Jualan Wholesale saya akan mulakan sepenuhnya pada Disember 2011 secara berperingkat. Ini bermaksud semua production koleksi Bajuibu selepas ini akan mengambil kira stok untuk jualan wholesale.

Untuk makluman , adalah matlamat kami untuk membekalkan koleksi pakaian menyusu pada harga yang sederhana dan pada kualiti yang terbaik kami boleh berikan. Juga sentiasa mengikut permintaan fesyen terkini.

Menjadi matlamat kami juga untuk membantu peniaga kecil kecilan / part time untuk menjana pendapatan bersama kami. Oleh itu kami sediakan Minimum Order yang rendah  supaya semua boleh berniaga. Saya secara personal akan cuba membantu sedaya yang mungkin, kerana pada satu masa dahulu saya juga bermula dari bawah.

Kelebihan Menjadi Reseller Bajuibu

* Kami akan letak alamat premis / online shop anda di website http://www.bajuibu.com
- ini bermakna jika customer A ingin membeli Carry Terracotta saiz XL dari bajuibu.com dan kemudian kami tidak lagi menmpunyai stok , maka customer A mempunyai pilihan untuk check stok di premis / online shop anda. Secara tidak langsung anda akan mendapat satu lagi customer baru.

* Insyallah kami juga akan membawa bersama nama online shop anda / premis anda bersama dengan promosi Bajuibu di Internet , media etc.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua diatas sokongan kepada koleksi kami . Semoga kami terus mendapat sokongan anda semua dalam usaha memajukan perniagaan ini dan secara tidak langsung menyokong penyusuan susu ibu  . Sebarang kekurangan saya akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.

Semoga juga usahasama kita akan terus berlanjutan.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di :
Email : sales@bajuibu.com
Tel : 016 274 5651
BB pin : 269 abe 6b

Till Then ~~~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~~~

Wednesday, November 30, 2011

Hi All...

Dah nak bersarang dah blog mummy shu ni kan ..hihihihi pastu huhuhuhuhu.... sangat sibuk la jadual saya.. banyak bende nak update tapi tak juga terupdate :)

Sangat gembira bertemu dengan semua mummy yang cantik menarik di booth..juga dengan keletah anak anak semua.. Ada masa memang hiruk pikuk jadinya booth bajuibu... very huru hara jadinya... anyway harap semua enjoy try test koleksi kami.

Terima tidak terhingga diatas sokongan yang kami terima dari semua.....



Team kami ... Luv u all...
Terima kasih juga kepada team kami yang sentiasa ceria membantu dan menjaga baby-baby yang datang...( hihihihi so ibu ibu semua boleh memilih dengan tenang ) i likeeeeee

Dya dan kak long cuba nak menceria kan baby....yuhuuu
Adam kalau datang mesti buat kecoh punya :)
Saya juga berkesempatan bertemu ramai blogger ( huhuuhu apsal la photographer kami tak ambil gambar ni ) .. tak sangka ada juga yang mengikuti kami di sini... juga kami dilawat oleh celebrity... ermmmm...yg juga salah sorang yang support breastfeeding *wink*


Dya...Dya..mesti tak lepas peluang kan
Sampai la ni ada orang telefon saya... kak shu bekerjasama dengan Dynas ke...hihihi tak la dear... Sis tu datang melawat je.... :)


Anyway memang seronok berbooth kami ini.... jangan lupa mark kalendar semua..Bulan Februari 2012 ni ada Motherhood Expo di KLCC ... juga kami akan lancarkan satu lagi variasi produk dari bajuibu..... tungguuuuuu




Till Then ~~~~HAPPY BREASTFEEDING~~~~

Wednesday, November 9, 2011

Hallu mummy semua....

Lega sangat semua collection untuk dibawa ke Maternity & Children Expo 18 - 20 hb ni semua sudah dipotong dan sedang dijahit...insyallah akan siap tepat pada waktunya...

Jemput semua mummy mummy yang gorgeous datang ke booth bajuibu ye... kita ada belon , ada free gift , ada woven bag dan yang paling penting ada design baru dan juga SALEEEEEE!!!!!!!!



Apa yang  sale ni ????  dengan saya pastinya pembelian berbaloi hehehehe

Inner Cristy printed dan Plain ---> up to 40%
Baju kurung ( Stok Raya Puasa ) -----> up to 50%
Baju Kurung ( Stok Raya Haji ) ----> up to 20%
Top Julia , MIKO, TMN, dan lain lain -----> up to 15%
All new collection -----> preview price !!!  :)

Saya kasi tunjuk dulu sesikit beberapa design baru  untuk dibawa ke booth next week ye... enjoy !!!!






Jumpa di sana ye mummy semuaaaa

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Wednesday, October 26, 2011

Hi mummy semua...

" Sayang...sayang SAAAAYANG  Sayang...Sayang SAAYANG sayang ? " ... pernah dengar tak kata kata ni ? glamer ni waktu bercinta muda muda dulu hihihihi..zaman cinta monyet terutamanya.. asyik nak bersayang sayang je.. hahahaha.. ramai lagi tak yang masih bersayang sayang sekarang ni... mudah mudahan kita terus bersayang sayang ye :)

Kalau tanya saya :-

Saya SAAAYANG suami saya !
Saya SAAAYANG anak anak saya !
Saya SAAAYANG mak ayah saya !
Saya SAAAYANG adik beradik saya !
Saya SAAAYANG ahli keluarga saya yg lain !
Saya SAAAYANG kawan kawan saya !
Saya SAAAYANG perniagaan saya !
Saya SAAAYANG reseller saya !
Saya SAAAYANG customer saya !
Saya SAAAYANG semua di sekeliling saya !

Ramai yang kita sayang... ramai juga yang akan sayang kita...itu pegangan saya...bila ada yang tak sayang kita...jauh di sudut hati..kita tetap sayang dia..insyallah satu hari nanti dia aaaaaaakan sayang kita :)

Baru baru ni pulak..saya jatuh hati pada frasa ini.. mendalam maksudnya pada saya

" In this life, We cannot do great things. We can only do small things with great love "

ok mummy semua... ingattttttt..... teruskan sayang semua

Till then ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~ 

 

Monday, October 17, 2011

Hallu mummy yang gorgeous !!!!  semoga hari anda semua terus ceria :)

So hari ni saya nak memperkenalkan salah satu design kami yang terbaru iaitu Hoodie Menyusu - Type 1. Untuk permulaan kami buat saiz S je dulu untuk dapatkan feedback dari semua.


Hoodie menyusu Purple

Hoodie menyusu Turqoise

Hoodie menyusu Pink
Untuk type 1 ni, cutting baju lurus dan alunan hoodie bertingkat tingkat dari dada. ada buat sehelai yang saiz besar sikit.. huhuhuhu tapi macam tak cun pulak terutama yang jenis ada perut macam saya ni ( adeh....harus bersauna lagi ni )..

So setelah dipikir pikir dan ditimbang timbang maka saya akan produce semua saiz untuk baju menyusu Hoodie Type 2 seperti berikut :-
Hoodie menyusu Shocking Pink - Type 2

Bezanya type 2 cara cutting baju dan juga hoodienya ( poning tailor acik dengan pesen perempuan ni ) hahaha.. anyway rasanya type ni lebih sesuai untuk semua jenis badan...so nantikan ye warna shocking pink ini dan stripe stripe *wink*
Stripe Hoodie menyusu
 so tunggu ye

TILL THEN   ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Monday, October 3, 2011

Hi mummy semua...

Huhs dah sebulan rupanya saya tak update blog ni..huhuhuhu..sungguh bz lately.. dan dalam sebulan ini juga banyak benda dah berlaku.. antaranya ialah kami ke Moms & Baby Expo di Danga City Mall, JB pada 23 - 25 September 2011 yang lepas.

Sangat bertuah dan gembira dapat bertemu dengan mummy mummy disana.. kali ini team bajuibu bekerjasama dengan Dunia Susu Ibu , Moms Little Ones dan Lovely World .

Ada juga peristiwa sadis berlaku di JB..dimana saya dan hubby keracunan Makanan..huhuhu sangat 'pale' la muka mummy shu melayan customer bajuibu...ampun yaaaa ( daku menahan sakit perut ya amat )...Selain dari itu... semuanya happy happy sahaja di JB... Terima kasih bebanyak kepada semua team yang menjayakan booth 156 !!!!

Unpack...unpack

Mummy Shu dan Ummi Mar

Team yang ceria

Koleksi yg ada ketika kejadian

mummy shu dok promote Nursing Poncho Black n green Viscouse Lycra


Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~