Tuesday, October 29, 2013

Salam Kasih Sayang..

Jualan yang di nanti nanti...ramai sungguh yang bertanya bilakah bilakah... inilah masanya, penjimatan terbaik sepanjang tahun.


Ianya hasil kerjasama 4 Jenama Baju Mengandung dan Menyusu iaitu Bajuibu , Suri, Adrinis dan Bling Buubies. Sungguh teruja !

BUkan hanya Baju Mengandung dan Menyusu sahaja, Gugu Shop sebagai tuan rumah juga akan mengadakan SALE yang julung julung kalinya bersama sama jualan Gudang ini.

Ada SALE bra menyusu dan pelbagai barangan berkaitan susuibu juga akan dijual, tidak lupa pada barangan Bayi dan Kanak Kanak.

JUmpa di sana ya.. kalau sesat nanti telefon je kami.

~~ Till Then ~~  Happy Breasfeeding !




Wednesday, September 11, 2013

Assalamualaikum ,

Lama tidak menulis , rindu hendak menulis sama rindunya nak berjumpa dengan ramai orang. Keadaan semakin stabil bilamana baby Auni Sofia dan saya mula dapat mengikut rentak. Setiap hari Sofia dibawa ke kedai bersama saya , bukan tidak mahu dihantar ke taska, cuma teringin sangat menyusukan si kecil ini secara exclusive direct breasfeeding selama mungkin :) . Ahlamdullillah si kecil ini mula selesa dengan keadaan di kedai dan biasa dengan kehadiran orang asing setiap hari.

Ini membolehkan saya meneruskan aktiviti berbooth seperti biasa. Terdekat ialah Mother Baby and Kids Expo yang akan berlangsung di PWTC bermula SABTU - ISNIN ( 14 - 16 SEPT ) ini. Ianya hari SABTU tau ! Jangan lupa ada yang datang seperti biasa pada hari Jumaat ya.

Ini expo pertama saya selepas berpantang Jun lalu , Selepas PWTC kami akan terbang ke Sabah kemudian ke KLCC sebelum ke Midvalley sebagai penutup tirai tahun ini. Nantikan kami ye ibu ibu  ! Swaddle pod hadir dengan pelbagai warna baru yang menawan juga dengan produk lain dari Gugu dan juga Bajuibu.

Saya dan Sofia pada umur 3 bulan

Upss, gambar diatas tiada kena mengena , ia hanya saya dan sofia . Jumpa kami nanti ya !


Till THen ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~


Tuesday, August 20, 2013

Salam Sejahtera..

Nantikan ye Koleksi terbaru dari Swaddle Pod by Gugu hari khamis ini. Pembelian online sudah boleh di www.guguonline.com manakala bagi yang suka walk in , dengan berbesar hati mahu menjemput tuan puan ke kedai/office kecil kami di
   Gugu Shop
    No 1-91 ,
   Jalan puj 3/9 ,
   Taman PUncak Jalil
   Seri Kembangan

Koleksi kali ini juga ada yang istimewa sempena banyak perkara yang baik baik berlaku disekeliling kami :)
Setiap swaddle pod disertakan topi percuma ( selagi stok masih ada ) . Menanti feedback dari tuan puan yang telah mencubanya.

Swaddle Pod Zebra

Swaddle pod Sky Blue

Swaddle pod Dark Brown

Swaddle Pod Lime Green

Swaddle Pod Peach

Swaddle Pod Pink Zebra

Swaddle Pod Exotic Purple ** tiada cap percuma

Swaddle pod Sea Blue

Salam Sayang

-Puan Shuhadah-

Pembelian online di www.guguonline.com

Wednesday, June 26, 2013

Assalamualaikum..

Untuk  makluman semua order untuk Bajuibu dan Gugu akan ditangguhkan pengeposan bermula hari ini Khamis 27 Jun 2013 - 1 Julai 2013 berikutan semua Team kami berada di Mom And Baby Expo , JB.

Pada yang berdekatan JB,jemput singgah dibooth kami ye


** Saya yang masih berpantang di rumah **

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Friday, June 21, 2013

Assalamualaikum .

Memanjat kesyukuran kepada yang Maha Esa . Saya selamat melahirkan bayi perempuan pada 16 Jun 2013 , membuka Gugu Shop dan berpeluang lagi untuk menganjurkan kelas penyusuan pada 6 Julai 2013.

Saya menjemput semua ibu dan bapa dan juga bakal ibu dan bapa untuk sama sama menghadiri Majlis Ilmu yang kami akan anjurkan nanti. Kos 95% ditanggung oleh pihak kami sebagi tanda sokongan anda kepada kami selama ini. Kami juga mahu anda punya ilmu dan punya minda yang kuat untuk terus menyusukan bayi anda ( saya sangat tersentuh bila sentuh bab susu susu ni ) .

Selain kelas , kami juga ada beberapa promosi menarik menanti anda.  Jika ada sebarang pertanyaan , silakan email ke sales@guguonline.com atau menelefon ke 03 8955 9448 . Team kami sedia membantu anda


Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Friday, May 31, 2013

Anak anak semua ikut Pak Ngah ke Janda Baik.. Maka saya punya masa bertenang untuk menulis hari ni ..hihihi

Al kisah kejadian berlaku minggu lepas sehari sebelum Cuti Hari Wesak. Saya ke supplier untuk memesan karpet untuk kedai a.k.a opis Gugu. Pada mulanya saya dah order karpet untuk bahagian belakang kedai dan bergerak menuju ke supplier yang lain untuk order lantai kayu bahagian depan. Bukan rezeki kami lantai yang kami minta tiada dalam stok , justeru saya decide untuk meletakkan karpet juga dibahagian hadapan kedai.


Terkejutnya saya bila sampai, lori supplier sudah bergerak ke kedai untuk menghantar karpet yang saya order pada awalnya..huhuu tak sampai 1 jam. Ini membuatkan saya terpaksa membayar 2 kali ganda untuk kos pengangkutan / pengahantaran. Mulut kata OK la... tapi dalam kepala memikir bagaimana saya cover kos ini.. ( dah jadi kebiasaan untuk jadi kedekut sikit dalam berurusan hihihi ). Maka saya buat order untuk kali kedua untuk karpet dan supplier berjanji untuk hantar dalam masa 2 jam.

Bila karpet yang kedua sampai saya masih belum sampai ke kedai. Adik adik saya yang menerima penghantaran tersebut . Bila saya sampai mereka menceritakan al Kisah Kegembiraan Driver Lori yang sangat gembira kerana dapat buat pengahantaran 2 kali ke tempat yang sama hari ini. Rupa rupanya sangat susah kebelakangan ini nak dapat JOB. Yang buat saya tersenyum , katanya "esok dapat happy sikit oo sambut Wesak, balik boleh beli Udang" . Apa yang disampaikan oleh Adik kepada saya betul betul buat saya tersenyum dan terus melupakan niat saya yg sedikit terkilan bayar 2 kali kos pengankutan.

Terus saya teringat kata kata seorang sahabat yang 'Aturan Allah Sangat Cantik' .. ya mungkin inilah hikmahnya saya membayar 2 kali kos pengankutan kepada driver lori tu. Rezeki yang Allah bagi pada saya , dapat saya syer dengan orang lain walau berlainan agama dan dapat menambah kegembiraan untuk driver lori sekeluarga. Sungguh saya happy dan menari dalam hati.

Ya allah teruskan lah limpahi kami dengan rezeki mu...

psstt.. siapa nak pasang karpet, lantai vinyl atau kayu atau wallpaper boleh roger roger saya nanti..

Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Wednesday, May 1, 2013

Assalamualaikum

Dimaklumkan Server untuk web www.bajuibu.com masih dalam proses ' back up ' . Dijangka akan berterusan sehingga hari esok.  Perkara ini diluar kawalan kami .






Pihak kami memohon maaf dan meminta jasa baik para pelanggan yang sudah membuat bayaran untuk order tuan puan untuk menghubungi saya di talian 016 274 5651  untuk tujuan pengesahan dan penghantaran order.

-Puan Shuhadah-

Till Then  ~~ Happy Breastfeeding ~~