Wednesday, February 20, 2013

As  Salam,

Untung dan bertuahnya orang yang mengandung ye, ada yang bila mengandung wajah makin berseri seri, berat badan maintain je, hidung tak kembang , dagu tak bertambah , kaki tak bengkak. Ada Juga kenalan saya yang bila mengandung dah 6 -7 bulan , masih tak nampak perut ! . Kemas betul baby duduk dalam tu.

Ada kenalan saya yang lepas bersalin , perut terus jadi leper balik macam tak bersalin...huhuhuhu tensi ku dengar..kalau macam ni tak payah berbengkung 24 jam pun ok. Dah tentu orang yang macam ni tak pening sangat nak beli baju mengandung kan.. boleh je pakai baju kerja yang sama  , baju kurung tak payah tambah saiz etc.. saya memang tak merasa la.. wajib kot beli baju, seluar baru bila mengandung.

Masa mengandung Adam dulu , ada juga kene ngorat satu dua kali masa dalam kereta di stesyen minyak ( ni nak cakap yg berat tak banyak sangat berubah, tang muka tak tembam sangat ) , sebab diaorg tak nampak perut saya hahahaha. Bila mengandungkan Rayyan , takdo dah..berat tak yah cerita la hahaha , bila mengandung kali ketiga ni pulak..lagilah... sebatu kot orang dah tahu hahahha, nasib ku masih simpan lagi segala seluar , skirt , t shirt masa preggy dulu, walau dah lusuh sikit , sedap lagi dipakai lebih lebih lagi bila dah fulltime berkerja di rumah ni. Hantam belasah je . Bila nak keluar ke Expo baru lah pakai baju baru  (^_~) .

Al kisahnya.. jom beli baju mengandung baru !

- apa nak jadi -

Monday, February 18, 2013

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Agak lama Bajuibu sepi dari sebarang berita dan produk baru. Bermula Februari ini , sedikit demi sedikit koleksi baru Bajuibu akan kami bawakan.

Sebagai permulaan , Bra Menyusu / Nursing Bra sudah sedia di www.bajuibu.com . Ada pelbagai pilihan fabrik dan corak. Harga bermula dari RM 17.00 - RM 39.00 . Saiz juga bermula dari cup B hingga Cup C.

In Shaa Allah banyak lagi produk akan menyusul selepas ini. Di bawah ini antara koleksi yang ada di web www.bajuibu.com










Belian pantas di www.bajuibu.com

-Puan Shuhadah-

Wednesday, January 16, 2013

Apa Khabar sahabat  !

Expo pertama kami pada 2013 di Mother ,Kids and Baby Expo pada 18 -20 Januari 2013 di Hall 4 , Booth # 9171 ,PWTC. Swaddle Pod Gugu akan tampil dengan 5 koleksi baru yang super kiut . Koleksi ini harus anda grab cepat cepat kerana minggu hadapan pada 21hb Januari 2013 , tiada lagi harga pengenalan RM 35 , ia akan kembali pada harga RM 40 sehelai. Pembelian online boleh di buat www.guguonline.com .

Swaddle Pod Blue Stripe

Swaddle Pod Mickey

Swaddle Pod Owl

Swaddle Pod Green

Swaddle Pod Red Polkadot

Di Booth kami juga terdapat rangkaian produk Rakan kolaborasi kami iaitu Moms Little Ones dan Suri. Namakan sahaja apa yang anda perlukan , Cooler Bag , Liquid Cleanser , ice block , ice pack , Nursing and Maternity Pillow, Nursing Cover, Supplement , Bantal Baby , Botol simpan Stok Susu Ibu.... cakap sahaja yang berkaitan dengan gajet penyusuan...In Shaa Allah kami sediakan hihihi.. Harga ? beli lagi banyak..boleh saya bagi lagi banyak Diskaun..

Kita Jumpa di sanaaaa ye

-Puan Shuhadah -

Thursday, January 10, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga hari Jumaat ini membawa lebih banyak kebaikkan dan berkat .

Untuk Makluman Harga Baru Swaddle Pod Gugu akan mula berkuat kuasa pada 21 hb Januari 2013, dan ia adalah selaras dengan kenaikkan harga bahan mentah..  'Gugu Team' ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberi feedback positif dan negatif kepada produk sulung Gugu.

Untuk bulan Januari 2013 , sebanyak 10 koleksi yang sangat comel dan menarik akan berada dipasaran. 2 Koleksi yang pertama telah saya muat naik di www.guguonline.com . Sebelum 21hb Januari 2013, para pelanggan semua mash boleh dapatkan nya pada harga RM 35 :)

Jika berada di sekitar Kuala Lumpur , kami akan berada di Mother , Kids and Baby Expo, PWTC pada minggu hadapan 18 hb - 20 Januari 2013. Jualan disana akan kekal pada harga RM 35.

Harga Baru bermula 21 hb Januari 2013 ialah RM 40 .






Love,

Shuhadah

Thursday, December 6, 2012

Apa khabar Mummy's semua..

Tak sempat saya nak update expo kami di MIdValley minggu lepas... Kemabukan yangt teramat :)

Anyway bermula hari ini 7 December - 9 December 2012 , jemput semua ke booth salah seorang reseller saya , Puan Mira di Moms and Baby Expo # 058 Hana's Choice , PISA.

Saya juga akan turun ke Penang hari ini. Bagi semua yang mencari barang keperluan bayi memang harus ke EXpo ini dan menjengah Booth Puan Mira , ada Swaddle POd Gugu , nursing Cover , Tunku, Barut dan pelbagai barangan lagi.'



JUmpa di Sana ye

LOve
-Shuhadah-

Wednesday, October 31, 2012

Yuhuuuu,

So sorry , lama mendiamkan diri..sesunguhnya diri ni sedang dilanda 'Kemabukan' (^_~)

Dah dengar mengenai Expo Baby Baby weekend ni? Jangan tak tau 2 - 4 November bertempat di Hall 4, PWTC akan berlangsung Mother and Baby Kids Expo. Jangan bimbang kali ni bukan di Hall belakang macam awal tahun ni... kesian kan ramai yang kene berjalan jauh membawa perut huhuhuhu..

Kali ini Hall 4 berempat di hadapan bangunan, maksud saya boleh masuk dari Entrance yg depan The Mall tu, nampak escalator terus naik tingkt atas.

Bajuibu  dan Gugu tiada booth khas kali ini, tapi dengan sukacitanya pada para pelanggan yang nak mendapatkan koleksi terbaru Swaddle Pod Gugu boleh terus ke booth #9178 dan berjumpa dengan Pn MIRA...


Mira yg Baju hitam Tu Tau :)

Mummy Shu tengah Mabuk Uwek Uwek... jadi Mira akan bantu anda Test Try Swaddle Pod Gugu. Pada yang tak berkesempatan untuk datang weekend ni nanti ,Insyallah by Next week sudah boleh mendapatkan nya secara online atau hubungi terus reseller kami.



Till Then ~~ Happy Breastfeeding ~~


Luv
-Mummy Shu-

Monday, October 8, 2012

Hi Semua...

Ham[ir 2 minggu keluar outstation ke Parenting Expo Kota KInabalu 28 - 30 September.. disambung pula dengan Moms and Baby Expo. JB 5 -7 Oktober. Badan saya jadi macam habis bateri, namun sangat seronok berjumpa dengan rakan niaga online, pelanggan dan juga rakan rakan yang lama tak berjumpa.

SAya ambil cuti satu hari semalam dan syukur sempat membetulkan urat saraf dengan bantuan tangan magik Pengasas Saujana Herba. Fuh berpeluh dan mengalir air mata dibuatnya. Begitulah saya tau banyak sungguh urat saraf yang dah ter miss laluan di badan ni. Bak kata Kak Imah Pengasas SAujana Herba..kita USAHAWAN ni jangan sakit sakit....bukan mudah nak bina perniagaan..jaga kesihatan, jaga makan minum dan servis badan (^_~). Bila difikirkan semula betul juga, kadang kadang kita teruk bekerja sampai lupa jaga kesihatan.

Saya dah balik mengadap laptop pagi ni.. saya nak balas semua email dan insyallah cuba habiskan kerja tertangguh sebanyak mungkin, Kepada Rakan niaga semua...harap bersabar ..saya hubungi anda dalam beberapa jam lagi



Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~