Wednesday, March 23, 2011

Pagi ni ada satu video kat Wall Facebook saya ..Ustaz Kazim bercerita pasal Seronoknya berkahwin : belanja isteri dapat pahala... pahala lebih besar dari berjihad pulak tu... tergerak nak menulis pasal ni bukan apa... selalu saya mendengar rakan rakan saya di alam maya dan nyata mengadu apabila SUAMI dan KELUARGA taknak support isteri yang bersungguh sungguh nak menyusukan bayi. Aduhhh kenapalah jadi sebegitu.... Kalau sudah pilihan si IBU tidak mahu menyusukan bayinya atas alasan tertentu..lain lah ceritanya...

Dalam Surah al-Baqarah ayat 233 ada Allah SWT berfirman :
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka…” 

Sedih rasa hati kami ni seorang ibu @ isteri bila orang yang paling rapat dengan kami pun tak mahu menyokong niat dan usaha kami. Pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka ini , SUSU AWAK SIKIT..ANAK TU TAK KENYANG...SUSU AWAK TAK BERKHASIAT ( masyallah... masa menulis ni pun berair mata saya )... ADA TU TAK SABAR SABAR NAK SURUH ISTERI MAKAN JAMU BAGAI...

Sabar..sabar....sabar... menyusukan bayi bukan satu perkara mudah.... banyak usahanya....banyak pengorbanannya... hish.. nak berceloteh pepanjang..saya pulak yang ada perasaan sebak..naik hangin..semuanya lah... ( Tarik nafas jap......nak betulkan mood :)  )


So , saya mintak lah para suami suami ni, berilah sokongan dan motivasi kepada isteri anda... banyak pahalanya.. belanja / belikan isteri anda makanan atau apa sahaja yang mampu untuk membantu isteri menyusukan bayi sebaiknya.. jangan lah dihalang.. bak kata ustaz ni..pahalanya lebih besar dari pahala jihad.. anak menangis tengah malam, isteri bangun menyusukan bayi.. si suami/ayah pun bangun lah sekali...mungkin si isteri tadi haus ( biasa lepas sesi menyusu pasti rasa haus ), berikan lah isteri tu air... dapat pahala sebab sedekah pada isteri dan anak... kan bagus begitu tu... betul tak...

Dah lepas pantang, isteri pasti perlukan kelengkapan untuk meneruskan misi penyusuan.. belanja/sedekah lah pada isteri milk booster ke..supplement ke... belikan juga mereka baju bajan yang memudahkan mereka untuk menyusukan bayi dimana mana.. kami di Bajuibu.com akan sentiasa cuba untuk maintain baju menyusu pada harga yang berpatutan agar tak membebankan  anda membelinya.

 Kan ada orang kata... isteri gembira..suami pun gembira..keluarga pasti bahagia...insyallah....

Till then  ~~~~~HAPPY BREASTFEEDING ~~~~~

Tagged:

1 comment: