Monday, April 18, 2011

Hi all...

Di kesempatan ini ( hihihi rasa macam hari raya plak ckp macam ni ), saya nak menjemput semua mak-mak, ibu-ibu, ummi-ummi,mummy-mummy, dan apa sahaja panggilan anda untuk ke Gathering &2nd Sarakids Open Day 2011 di Denai Alam. Kami akan berada di sana dengan koleksi kami yang terbaru termasuklah baju kurung menyusu. Mesti ramai yang dah rindu nak jumpa saya kan... ( status perasan ni *wink* )

Nanti saya update dimana kah kedudukan kami di event tu nanti. Saya juga dah hantar permohonan untuk buat pertunjukan fesyen di sana... kalau ada rezeki dapatlah saya buat pertunjukan...hehehehe siapa nak jadi sukarelawan untuk peraga koleksi bajuibu angkat tangan...

Temui bajuibu di sini tau
Map supaya anda tak sesat :)

Hari tak dapat nak berceloteh panjang.. so sampai sini dulu hari ni..

Till Then .......~~~HAPPY BREASTFEEDING~~~

Wednesday, April 13, 2011

Hari ni tergerak hati nak cari di You tube kot kot ada iklan Hospital Rakan Bayi yang tengah hangat diperkataan oleh Ibu Ibu menyusukan bayi terutama di Facebook . Katanya ditayangkan di TV9.. oleh sebab saya ni jarang tengok TV9, so memang saya tak berkesempatan jumpa iklan ni...

Nak dijadikan cerita.. saya terjumpa video ni yang dirakam kan di INDIA mengenai Breast Crawl.. serius.. sambil menangis ( gembira +semangat ) saya tengok video ni. Semangat juga semakin membara untuk terus menyusukan Rayyan saya dan secara tak langsung keluar datang pulak satu idea nak buat design baju menyusu yang baru... hehehehe..

Harap harap mummy mummy semua juga terus bersemangat ye..... tengok tau video ni.. besarnya Ciptaan ALLAH...



Till Then ~~~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~~~

Tuesday, April 12, 2011

Mulakan hari dengan Bismillah....

Sekali lagi saya gembira dengan perkembangan baju kurung menyusu produksi kami. Saya buat perubahan sedikit dengan lapik dalam, saya berikan sentuhan kain yang berlainan supaya tampak lebih menarik dan anggun gitu.... Nak dijadikan cerita semalam My Dear Hubby dah pi ambik Baju Kurung menyusu Batch pertama ( sample ) dan untuk Batch April Part 1 pun dah siap beberapa helai....

Kod KMBRB
Baju Kurung Menyusu Kod KMBRB


Bawah ni pula, baju kurung menyusu Batch pertama warna Pink dan Purple.. Masih available saiz S je.. so sesapa yang berminat boleh lah contact saya ye...

Masih Available lagi saiz S
Closed up corak Baju Kurung Menyusu Pink First Batch

Baju kurung menyusu Purple
Closed up corak Purple


Corak Purple dan Pink Masih available saiz S ye...

Till THEN   ~~~~~HAPPY BREASTFEEDING ~~~~~~~
Assalamualaikum... semoga hari ni semua ceria dan bahagia selalu... ada apa dengan tajuk tu !!! Saya nak inform saya bangga dapat menyusukan anak anak saya. Bagi saya menyusukan bayi ini sangat universal maksudnya.. menyusukan bayi bukan merujuk kepada ibu yang menyusukan secara eksklusif ( sepenuhnya ), part time ( breastfeed + susu formula ) atau apa saja la term yang digunakan.

Dan seharusnya kita tidak merasa rendah diri jika kita hanya dapat menyusukan bayi pada waktu malam sahaja ( atas apa saja alasan, kat opis tak sempat pump..kekangan kerja etc ), saya percaya nunnnn jauh di sudut hati kita sebagai ibu, kita sentiasa berharap dapat menyusukan bayi kita secara eksklusif kan.

Tengah meeting pun saya menyusukan Rayyan
 Walau setitik pun yang dapat bayi/anak kita nikmati susu ibu.. seharusnya kita rasa bersyukur..sekurang kurangnya anak anak kita dapat merasa sedikit rezeki kurniaan tuhan ini. Dapat juga dia merasa ketenangan dan ikatan/bonding yang terbentuk ketika proses penyusuan ini.

Ingat!!!!!!! anda harus bangga......walau apa pun orang kategorikan anda ( eksklusif/tak eksklusif )..jangan biarkan kata kata orang melemahkan semangat anda. BREASTFEEDING ROCKS!!!!!

Rayyan kekenyangan lepas minum susu..orang bising dalam meeting pun..dia ADA KESAH?..layan ZZZZZ

TILL THEN....HAPPY BREASTFEEDING

Sunday, April 10, 2011

Hi dear,
Alhamdulillah kami mendapat respond yang baik dari semua ibu ibu... sangat terharu diatas sokongan anda semua.. ni buat saya lebih bersemangat untuk mengeluarkan koleksi baju bajan untuk penyusuan. So hari ni saya tutup untuk tempahan melalui online untuk koleksi baju kurung menyusu Cotton Jepun April Part 1. Bukan apa sebab saya mahu pastikan saya menpunyai stok yang cukup untuk jualan offline pada 24hb ni di Denai Alam, sempena 2nd Grand Open Day Sarakids.. Saya ada booth di sana... so sesiapa yang berkesempatan untuk ke sana nanti jangan lupa pergi tau.. boleh kita jumpa jumpa..

Till Then .... HAPPY BREASTFEEDING...

Friday, April 8, 2011

Assalamualaikum....

Akhirnya sampai juga kain yang saya order...dan kabanyakkan nya warna ceria... i likeeeeee :) So Part 1 ni ada 10 jenis corak dengan pelbagai warna.. walau bagaimana pun tak dapat saya nak buat semua saiz untuk setiap corak.. atas sebab sebab yang dirahsiakan (jangan marah). Saya dapat kain untuk baju kurung menyusu kain Cotton jepun, sejuk, nyaman, warna menarik dan pasti saya sangat GUMBIRA sangat sebab boleh saya tunaikan hajat semua untuk dapatkan baju kurung pada harga yang berpatutan....

Kain ni semu dah dalam perjalan untuk di potong dan dijahit... saya estimate paling lambat pun by 23 hb April semua akan siap dan boleh lah saya poskan.. Saya Jemput semua ke Fan Page Facebook Bajuibu untuk cuci cuci mata ye... boleh terus inbox saya untuk booking.










Contoh kain untuk lapik dada

 Till Then.... HAPPY BREASTFEEDING




 

Monday, April 4, 2011

Hari ni saya di'suprise'kan oleh tailor saya... pagi ni tailor saya call dan inform Sample Baju Kurung Menyusu ~~IBU~~ dah siap dan ready untuk di komen.... walla.... seronoknya.. saya pun apa lagi terus ke workshop petang tadi untuk lihat sendiri hasilnya dan test try bukaan menyusunya... Alhamdullillah, semuanya mengikut apa yang saya mahukan... maka saya suruh tailor saya proceed potong kain untuk saiz S,M,L dan XL.

Gambar tidak berapa superb kualitinya sebab terlupa nak bawak camera.. maka terpaksalah pakai kamera telefon.. harap harap dapat beri gambaran kepada anda....

Full View Corak 1-Pink ( abaikan dagu saya yg double chin tu hihihi )

Close up


Bukaan menyusu- kiri


Bukaan menyusu - kanan

Ni pula detail untuk setiap saiz
Detail saiz baju kurung menyusu ~~IBU~~
 Material yang saya gunakan untuk sample baju kurung menyusu ini ialah Cotton Biasa, agak nipis, lembut, tidak mudah tertetas fabriknya. Ada 2 corak dan warna yang sweet ( pink dan purple ). Saya akan jual semua koleksi sample ini di Fan PAge Bajuibu http://facebook.com/bajuibu pada harga yang sangat sangat sangat murah....dan semuanya akan siap menjelang minggu hadapan ^_^ . So sesiapa yang belum likeeeeeeee kami di FanPage ..sila silalah likeeee ye....^_^ .

Corak 2 - Purple


Upsssss belum habis lagi...hihihihi mesti tertanya tanya harganya kan.... harga sebenar hanya Fan Bajuibu sahaja yang akan tau menjelang esok....  sedikit hint :- diantara RM 50 <  harga < RM 65. Berapakah harga jualan kami... tungguuuuuuuuuuuuuu




Till Then ....HAPPY BREASTFEEDING