Monday, September 24, 2012

Hi All...

Bah, kali ni Swaddle Pod Gugu berkesematan menjelajah Kota Kinabalu yang sangat dekat di hati saya ( ^_~) . Dengan Kerjasama Susuibu.com (Pusat Sokongan Penyusuan Ibu) , Swaddle Pod berpeluang datang ke Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan para pelanggan yang juga sentiasa dekat dihati.


Jika tiada aral , 3 warna baru yang super Gorgeous akan saya bawakan ke Kota Kinabalu.. jemput semua rakan rakan / bakal pelanggan / pelanggan sedia ada dan juga sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil jualan kami untuk singgah ke booth kami ye ...

Di Parenthing Expo ni saya tidak bawa Koleksi Bajuibu....jika ada yang berminat untuk melihat koleksi kami terutama yang sedang clearance sale bolehlah roger roger saya di sales@bajuibu.com ... saya akan bawakan sekali ke sana nanti :)


:: saya super excited nak balik KK.... rasa macam lama sudah tak jejak kaki ke sana....


Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Wednesday, September 19, 2012

Halllluuuuuuuu Mummy Gorgeous !!!!

                                                                       Flash Mob 2011


Tahun ni siapa pergi?  Saya dah putuskan susu Rayyan..tapi saya juga akan hadir memberikan sokongan untuk mewujudkan kesedaran tentang hak ibu dan anak untuk menyusukan di tempat awam....

Yang seronok tahun ni saya turut ditemani oleh Mr Hubby dan anak anak, juga partner saya Dya yang tengah menunggu hari untuk bersalin ( hihihihi..harap harap janganlah air ketuban pecah di KL_ _ nanti kan... mau haru biru Mr Syahir ) , ada sepupu saya yang turut menyusukan anak susuan dan juga adik ipar yang baru habis pantang ......

Pendaftaran untuk peserta sudah penuh sebenarnya.... tapi tiada pula halangan kalau nak datang....macam.."jom pi KL" _ _ ....ke konon macam ni.... "eh ada flash mob breastfeeding...nak join lah" .....hihihihhi...


Jumpa di sana Ye....jangan lupa Ahad ini 23hb September 2012


Till Then  ~~  HAPPY BREASTFEEDING ~~


Tuesday, September 11, 2012

Hi Mummy semua..

Kali ini kami menjelajah Melaka pula. Mama & Baby Fair bermula 14 hb - 16 hb Septermber 2012. Yang istimewa nya di booth kami kali ini, bukan sahaja ada produk Swaddle Pod Gugu dan Baju Clearance dari Bajuibu, tetapi kami bawakan juga produk terbaik dari Moms Little One, Suri dan Hana's Choice ...

Jemput jemput semua singgah di booth kami # 106 .. booth kami di area area tengah ye :)




psstt.... Jom dapatkan swaddle pod Gugu..sebelum is dinaikkan harga (^_^)


Till Then  ~~ HAPPY BREASFEEDING ~~


Thursday, August 30, 2012

Hi...

Macam menarik tertarik je kan tajuk atas tu... tapi anda bukan bermimpi.. ini KENYATAAN sayang oiii...

Buat pertama kali dalam 2 tahun Bajuibu Nursing Wear berada dalam pasaran, Saya berbesar hati mengadakan jualan Penghabisan Stok untuk Koleksi 2011 Baju Menyusu @ www.bajuibu.com . Potongan harga yang diberikan pasti memukau (^_~) .  Potongan harga serendah 20 % hingga 50%  ( hush..berpeluh mummy shu tau masa nak tekan harga ni ) .


Jualan Penghabisan Stok ini akan berlangsung sehingga stok habis atau koleksi baru kami keluar ( yang mana dahulu ) , makanya jangan lepaskan peluang ye... rata rata harga setengah ratus je ni :) ....

Semua pembelian boleh dibuat secara online di http://www.bajuibu.com atau walk in ke teratak saya di Puncak Jalil... sesiapa nak datang boleh roger roger ( whatsapp/sms/call ) saya dulu di talian 016 274 5651


Till Then Mummy  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Thursday, August 9, 2012

HI Mummy yang cantik semua...

Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuh beberapa hari lagi Ramadan yang penuh berkat ni...

Bermula esok hingga Ahad ( 10 - 12 Ogos 2012 ) Swaddle Pod Gugu akan berada di International Baby Expo, IBEX- KLCC. Di Booth yang serba sederhana kami membawakan anda Swaddle Pod Gugu dengan Koleksi Terbaru yang pasti memikat coraknya dan yang pasti bayi anda rasa selamat dan tenang di dalam nya...


Anda juga boleh dapatkan Baju Kurung Menyusu dari Hana's Choice dan Dress Bajuibu. Selain itu anda boleh dapatkan pelbagai Headband yang kiut miut dari Sekocinorlie.blogspot.com di booth kami.. saya takde anak perempuan..kalau tak..huhuhuhu tentu saja saya rembat semuanya..... serius..sangat kiuttttt


Dengan gigihnya esok saya dan Dya ( dengan pastinya saya rasa Dya akan rembat headband tu (~_^) sahaja yang akan mengendalikan jualan... Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan panjangkanlah persahabatan yang akan terjalin sepanjang 3 hari ni.... AMIN..


OK ye Darling semua.. kita jumpa Esok, Lusa dan Tulat ye....

Salam Sayang
-Mummy Shu-



Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Wednesday, August 8, 2012

Assalamualaikum...

Saya ingin kongsikan sedikit kebaikkan yang boleh kita turut serta. Membacanya sahaja sudah mampu buat saya meleleh airmata.. Mummy ni touching tau...huhuhuhuhuhu

Ada sedikit bagilah sedikit..ada banyak...BAGILAH BANYAK BANYAK.... tak kan kita je yang nak gumbira berbaju baru di AIDILFITRI ni kan.. kalau kita dah derma kat tempat lain dan ada banyak lagi lebih dalam akaun bank tu.. apa salahnya BAGILAH SIKIT LAGI kat mereka ini...insyallah tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.....

Maklumat lanjut ke http;//sehelaibaju.com

Ingat ye...sedekah..sedekah...sedekah..semampunya

Till Then   ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~



Wednesday, July 25, 2012

Assalamualaikum dan salam sayang :)

Alhamdulillah anak anak semua dah sihat..senang hati mummy nak packing untuk ke Expo.

Jemput semua ke booth Bajuibu dan Gugu di Parenthood Expo, Midvalley Convention Centre , Booth C 24 Hall 3. Booth kami di hujung sekali..hihihi ada banyak ruang untuk istirehat untuk para bapa bapa yang keletihan nanti ikut Ibu Ibu shopping... perhatikan Signboard Bajuibu ya...


Kali ini walau Bajuibu tak sempat buat Koleksi baru, tapi masih ada Baju Jubah dan Dress yang masih sesuai untuk digayakan sempena Lembaran ni... Juga akan ada beberapa Produk yang Didatangkan Terus dari Store Moms Little Ones... siapa yang nak cari supplement nanti singgah ke booth kami tau :)

Saya dan Dya dengan berbesar hati akan membantu anda membuat pilihan terbaik .

Selamat berpuasa dan simpan tenaga untuk ronda ronda di Expo Weekend ni ye ( ^_^ )

With Love
-shuhadah-

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~