Friday, May 31, 2013

Anak anak semua ikut Pak Ngah ke Janda Baik.. Maka saya punya masa bertenang untuk menulis hari ni ..hihihi

Al kisah kejadian berlaku minggu lepas sehari sebelum Cuti Hari Wesak. Saya ke supplier untuk memesan karpet untuk kedai a.k.a opis Gugu. Pada mulanya saya dah order karpet untuk bahagian belakang kedai dan bergerak menuju ke supplier yang lain untuk order lantai kayu bahagian depan. Bukan rezeki kami lantai yang kami minta tiada dalam stok , justeru saya decide untuk meletakkan karpet juga dibahagian hadapan kedai.


Terkejutnya saya bila sampai, lori supplier sudah bergerak ke kedai untuk menghantar karpet yang saya order pada awalnya..huhuu tak sampai 1 jam. Ini membuatkan saya terpaksa membayar 2 kali ganda untuk kos pengangkutan / pengahantaran. Mulut kata OK la... tapi dalam kepala memikir bagaimana saya cover kos ini.. ( dah jadi kebiasaan untuk jadi kedekut sikit dalam berurusan hihihi ). Maka saya buat order untuk kali kedua untuk karpet dan supplier berjanji untuk hantar dalam masa 2 jam.

Bila karpet yang kedua sampai saya masih belum sampai ke kedai. Adik adik saya yang menerima penghantaran tersebut . Bila saya sampai mereka menceritakan al Kisah Kegembiraan Driver Lori yang sangat gembira kerana dapat buat pengahantaran 2 kali ke tempat yang sama hari ini. Rupa rupanya sangat susah kebelakangan ini nak dapat JOB. Yang buat saya tersenyum , katanya "esok dapat happy sikit oo sambut Wesak, balik boleh beli Udang" . Apa yang disampaikan oleh Adik kepada saya betul betul buat saya tersenyum dan terus melupakan niat saya yg sedikit terkilan bayar 2 kali kos pengankutan.

Terus saya teringat kata kata seorang sahabat yang 'Aturan Allah Sangat Cantik' .. ya mungkin inilah hikmahnya saya membayar 2 kali kos pengankutan kepada driver lori tu. Rezeki yang Allah bagi pada saya , dapat saya syer dengan orang lain walau berlainan agama dan dapat menambah kegembiraan untuk driver lori sekeluarga. Sungguh saya happy dan menari dalam hati.

Ya allah teruskan lah limpahi kami dengan rezeki mu...

psstt.. siapa nak pasang karpet, lantai vinyl atau kayu atau wallpaper boleh roger roger saya nanti..

Till Then  ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~


Wednesday, May 1, 2013

Assalamualaikum

Dimaklumkan Server untuk web www.bajuibu.com masih dalam proses ' back up ' . Dijangka akan berterusan sehingga hari esok.  Perkara ini diluar kawalan kami .






Pihak kami memohon maaf dan meminta jasa baik para pelanggan yang sudah membuat bayaran untuk order tuan puan untuk menghubungi saya di talian 016 274 5651  untuk tujuan pengesahan dan penghantaran order.

-Puan Shuhadah-

Till Then  ~~ Happy Breastfeeding ~~

Monday, April 1, 2013

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Minggu ini jika tiada kemana mana , saya menjemput semua untuk singgah di Booth kami sempena 5th Maternity and Children Expo , Mid Valley Convention Centre.


Untuk Koleksi Bajuibu , saya mohon maaf sangat kerana tiada koleksi baju menyusu baru yang kami tampilkan , namun semua koleksi 2012 akan dijual pada harga yang sangat rendah.. konsepnya beli lebih banyak , lebih banyak diskaun nya :)

Namun buat suku pertama tahun ini kami bawakan anda Koleksi Mengandung dari Bajuibu , ada Dress dan Pelbagai Seluar yang super selasa untuk dipakai semasa mengandung. Selain itu juga terdapat Bengkung ibu moden dan tradisional untuk dipakai selepas bersalin dan Pelbagai pilihan Nursing Cover yang Gorgeous dari Bajuibu. Tak cukup dengan itu kami juga bawakan anda pelbagai pilihan Nursing Bra atau Bra Menyusu juga dengan konsep , beli banyak , harga jadi lebih murah.


Gugu juga tidak mahu kalah dengan Produk baru selain dari Swaddle Pod Gugu / Bedung Moden  yang Ranggi , Produk baru seperti Dimple Pillow , Neck Pillow dan Barut Bayi ( Zap , Tali dan Gantung ) juga akan ada di booth nanti. Tentu sahaja ada promosi terbaik untuk semua produk ini.




Jika Tiada aral , Sesuatu yang baru dan juga lama di tunggu oleh ibu ibu yang mementingkan keselesaan bayi sewaktu tidur juga akan hadir , Ianya sama tapi tidak SERUPA :)

In Shaa Allah

Kita Jumpa di sana ya ( ^_~ )

Psst -- Saya sudah makin membesar sebab baby dah makin besar hihihi,


TILL THEN ~~ HAPPY BREASTFEEDING~~


Apa Khabar semua,

Entry ini agak kebelakang. Kami berada di Parents, Kids and Baby Expo 22 - 24 Mac 2013 yang lepas.. Khabarnya ramai yang tak tahu mengenai Expo ini  :)

Anyway saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi singgah di booth kami Mac lepas.

Mummy Shu dan Ammie Dya " Welcome to Our Booth "

Pada yang tidak berkesempatan datang, meh saya tunjuk sikit apa yang ada di booth kami, kami sempat berkolaborasi dengan 2 usahawan tegar :)

Lihat pada yang PINK PINK itu ! Awesome

Produk yang menceriakan hidup , pelbagai pakej botol dan cooler bag STYLO MAMA , harga dan produk yang mantap... i just likeee it . JUga Pre Order untuk Digi breast pump STYLO MAMA yang baru.. yang ni lagi mantap. Harga untuk Pre Order hanya RM 400 ...pada yang tidak berkesempatan untuk buat Pre Order Mac lalu maybe masih sempat untuk hubungi Staff di Sarakids untuk maklumat lanjut. Khabarnya stok akan sampai dalam masa terdekat :)


Set Tanamera

Bukan setakat Gugu, Bajuibu Maternity , Bra menyusu , Barut bayi, Baby Pillow , Bengkung ibu , expo disini juga kami bawakan Set Tanamera yang tengah hangat ke booth. Nanti pada sesiapa yang ingin membeli bolehlah contact terus dengan Puan Nani di Link ini. Pasti berpuashati :)


Tak puas berjumpa dengan pelanggan Gugu dan Bajuibu yang terus menerus menyokong kami... kami akan kembali lagi di Expo Seterusnya di 5th Maternity and Children Expo Mid Valley pada 5 - 7 April ini .... tunggu ya... jumpa di sanaaaaa



TILL THEN ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Puan Shuhadah

Wednesday, February 20, 2013

As  Salam,

Untung dan bertuahnya orang yang mengandung ye, ada yang bila mengandung wajah makin berseri seri, berat badan maintain je, hidung tak kembang , dagu tak bertambah , kaki tak bengkak. Ada Juga kenalan saya yang bila mengandung dah 6 -7 bulan , masih tak nampak perut ! . Kemas betul baby duduk dalam tu.

Ada kenalan saya yang lepas bersalin , perut terus jadi leper balik macam tak bersalin...huhuhuhu tensi ku dengar..kalau macam ni tak payah berbengkung 24 jam pun ok. Dah tentu orang yang macam ni tak pening sangat nak beli baju mengandung kan.. boleh je pakai baju kerja yang sama  , baju kurung tak payah tambah saiz etc.. saya memang tak merasa la.. wajib kot beli baju, seluar baru bila mengandung.

Masa mengandung Adam dulu , ada juga kene ngorat satu dua kali masa dalam kereta di stesyen minyak ( ni nak cakap yg berat tak banyak sangat berubah, tang muka tak tembam sangat ) , sebab diaorg tak nampak perut saya hahahaha. Bila mengandungkan Rayyan , takdo dah..berat tak yah cerita la hahaha , bila mengandung kali ketiga ni pulak..lagilah... sebatu kot orang dah tahu hahahha, nasib ku masih simpan lagi segala seluar , skirt , t shirt masa preggy dulu, walau dah lusuh sikit , sedap lagi dipakai lebih lebih lagi bila dah fulltime berkerja di rumah ni. Hantam belasah je . Bila nak keluar ke Expo baru lah pakai baju baru  (^_~) .

Al kisahnya.. jom beli baju mengandung baru !

- apa nak jadi -

Monday, February 18, 2013

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Agak lama Bajuibu sepi dari sebarang berita dan produk baru. Bermula Februari ini , sedikit demi sedikit koleksi baru Bajuibu akan kami bawakan.

Sebagai permulaan , Bra Menyusu / Nursing Bra sudah sedia di www.bajuibu.com . Ada pelbagai pilihan fabrik dan corak. Harga bermula dari RM 17.00 - RM 39.00 . Saiz juga bermula dari cup B hingga Cup C.

In Shaa Allah banyak lagi produk akan menyusul selepas ini. Di bawah ini antara koleksi yang ada di web www.bajuibu.com










Belian pantas di www.bajuibu.com

-Puan Shuhadah-

Wednesday, January 16, 2013

Apa Khabar sahabat  !

Expo pertama kami pada 2013 di Mother ,Kids and Baby Expo pada 18 -20 Januari 2013 di Hall 4 , Booth # 9171 ,PWTC. Swaddle Pod Gugu akan tampil dengan 5 koleksi baru yang super kiut . Koleksi ini harus anda grab cepat cepat kerana minggu hadapan pada 21hb Januari 2013 , tiada lagi harga pengenalan RM 35 , ia akan kembali pada harga RM 40 sehelai. Pembelian online boleh di buat www.guguonline.com .

Swaddle Pod Blue Stripe

Swaddle Pod Mickey

Swaddle Pod Owl

Swaddle Pod Green

Swaddle Pod Red Polkadot

Di Booth kami juga terdapat rangkaian produk Rakan kolaborasi kami iaitu Moms Little Ones dan Suri. Namakan sahaja apa yang anda perlukan , Cooler Bag , Liquid Cleanser , ice block , ice pack , Nursing and Maternity Pillow, Nursing Cover, Supplement , Bantal Baby , Botol simpan Stok Susu Ibu.... cakap sahaja yang berkaitan dengan gajet penyusuan...In Shaa Allah kami sediakan hihihi.. Harga ? beli lagi banyak..boleh saya bagi lagi banyak Diskaun..

Kita Jumpa di sanaaaa ye

-Puan Shuhadah -