Sunday, May 8, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... semoga hari ini dan hari hari berikutnya kalian akan sentiasa dilimpahi rahmat...

Minggu ni masuk hujung minggu kedua saya dapat berada dirumah sejak dari awal tahun.. so masa dihabiskan dengan mengemas rumah dan main dengan Adam dan Rayyan...terasa panjang pulak hujung minggu kalau duduk dirumah seharian... best best best..

So hari Ahad..awal pagi lagi Daddy Azwar dah keluar nak pi basuh kereta katanya....malas nak ikut..saya lepak rumah je dengan 2 hero saya...sambung kemas rumah,makan makan buah dan tengok tv.. Daddy balik terus senyum senyum bawak kek...memang dah terlupa terus.. Rupa rupanya Daddy belikan saya kek Hari Ibu...hihihihi terharunya masa tu... tak sangka pulak Daddy ingat...

Tq daddy !!

So apa lagi...kek yg menjadi kegemaran abang Adam..terus tak sabar sabar nak potong..siap nyanyi lagu Happy Birthday ....

Tengok tu tak sempat sempat nak potong kek
Tak bleh tahan...lama sangat 'timer' camera ni..rasa mcm hari kahwin plak..hahaha
Rayyan nak kiss, tapi siap nganga mulut....

Abang Adam kata ' Tq Mummy' :)

So lepas comot kan diri masing masing dengan kek. kami pun bersiap siap nak pi majlis harijadi anak tokey kedai persiapan barang barang party Sea Star Party Shop, Qimy yang ke 4 tahun. Kedai ni kat Putra Walk Seri Kembangan..Sesapa nak cari segala macam barang nak buat party boleh lah Contact Ju Hasliza.. murah murah barang dia... Kat sini juga berkesempatan jumpa kawan lamaaaaaa.. kak June tokey Cheese Tart yang sedaaaaaappppp..Rayyan makan tak henti henti..Tapi tu la.. tak ambik gambar pulak..sibuk berborak je...

Sangat selesa tau kedai ni...
Orang makan kek, Rayyan layan belon dalam khemah Thomas...

  Saya pakai Baju Menyusu Julia Green

Lepas perut kenyang pekena nasi Dagang .....ohhhh sedapnya kuah ikan tu... makcik...nak odrer nanti masa birthday Rayyan boleh tak....hihihi. Terus kami jumpa tailor... ambik stok baju kurung menyusu. Habis seharian masa kami.. Malam pulak Mak saya datang rumah... esok pepagi dia nak ke Putrajaya....

Saya pula, mengira stok dan membalas email sampai tengah malam..hushhhh...penat tapi enjoy hari ni... Tq Daddy atas ingatan. Love you and May Allah memberkati keluarga kita...

Till Then ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment