Friday, May 6, 2011



Hari ni tak mau cakap pasal fesyen dan baju.. Kita cakap pasal Mak/Ibu/Mummy/Ummi kita je. Sebenarnya hari hari pun Hari IBU, cuma 8hb Mei ni diwartakan sebagai Hari Ibu ( tak tau la siapa yg warta kan hihhi ). Kadangkala kita terlalu sibuk dengan urusan kerja / rumahtangga etc sampai nak telefon mak sehari sekali pun susah atau asyik terlupa..balik balik mesti mak je yang akan telefon kita dengan alasan tersalah dail nombor la..saja nak cakap dengan cucu la...saja tanya nak balik kampung minggu ni ke tidak.. hujung minggu ni ada kat rumah tak dan sebagainya. Kita pulak sebenarnya bukan tak tau yang mak tu rindu kat kita ( *wink* ), tapi sengaja buat buat tak tau kan..kan..kan...

Tapi itulah kebenarannya hakikat kehidupan kebanyakkan dari kita. Harap harapnya hujung minggu ini luangkan lah masa bersama dengan mak kita..kalau tidak dapat balik ke kampung..angkat lah telefon..dail lah nombor  dan berboraklah dengan mak kita ( walaupun dia sebenarnya tak tau hari Ahad ni Hari Ibu )..jika itupun kita tak dapat lakukan atas pelbagai sebab..janganlah lupa untuk mengangkat tangan berdoa untuk KESEJAHTERAAN Mak Kita. Tak kira la berapa banyak mak kita marah dengan kita atau dah sakitkan hati kita.. kita kene ingat lebih banyak lagi MAK kita sakit waktu nak lahirkan KITA dan membesarkan kita...INGAT TUUUUUUU !!!!!!  Kalau ada rezeki lebih belanja la MAK kita...makan aiskrim pun seronok juga kalau bersama sama dengan gelak tawa... semudah itu je...



Buat para suami pulak..janganlah lupa pada isteri tu...dia pun IBU juga ( hihihi ). Hargailah kami dan kasihlah kami. Sesungguhnya kami ini amatlah memahami dan semoga dengan kasih sayang antara kita Suami Isteri serta Doa yang berpanjangan akan menjadi ikutan anak anak yang soleh dan solehah....Anak anak yang soleh dan solehah insyallah tidak akan lupakan IBU dan BAPA...


Till Then...selamat berhujung minggu dan      ~~ HAPPY BREASTFEEDING ~~

Tagged:

0 comments:

Post a Comment